fbpx
Now Reading
Kematian Yang Dicemburui, Wanita Di Indonesia Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran Di Masjid [Video]
wanita meninggal dunia ketika baca al-Quran

Kematian Yang Dicemburui, Wanita Di Indonesia Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran Di Masjid [Video]

Wanita yang memakai baju seraba putih itu pada awalnya membaca al-Quran sebelum rebah ke belakang dan tidak sedarkan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia pasti akan melalui detik kematian sama ada cepat atau pun lambat.

Bagi umat Islam pula, setiap dari kita sudah tentu mengimpikan untuk mati dalam keadaan yang mulia seperti husnul khatimah.

Wanita meninggal dunia ketika baca al-Quran

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang wanita di Indonesia meninggal dunia ketika sedang membaca al-Quran.

Menurut laporan Harian Metro yang dipetik Tribunnews, video tersebut telah dimuat naik di dalam Intagram oleh @ndorobei.official dan insiden itu dilaporkan terjadi di Majlis Taklim (MT)Nurunnisa dekat Masjid Babussalam di Bandung, Jawa Barat pada 9 April lepas.

Kelihatan wanita yang memakai baju serba putih itu sedang mengetuai bacaan al-Quran yang turut disertai oleh beberapa jemaah yang lain.

Tunduk sebelum rebah dan tak sedarkan diri

Dia kemudian tiba-tiba berhenti serta menundukkan kepalanya seolah berada dalam keadaan lemah sebelum rebah ke belakang dan tidak sedarkan diri.

Tidak lama selepas itu, para jemaah yang lain segera membantunya beristighfar selain mengucap dua kalimah syahadah.

Turut difahamkan, wanita tersebut baru sahaja khatam membaca al-Quran dan video itu kemudian menjadi sohor di media sosial sehingga mencuri perhatian ramai.

“Hidupkan kami dengan rahmat dan matikan kami secara husnul khatimah”

“Apa amalan wanita itu ya? Meninggal di malam 21 Ramadan dan sedang tadarus al-Quran”

“Ini yang buat iri hati, sebab tak semua boleh mendapatkan kematian seperti wanita itu. Insha-Allah husnul khatimah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.