Lama Bertikam Lidah, Wani Kayrie & Ara Johari Akhirnya Berdamai Sempena Hari Raya
Konflik berpanjangan di antara Wani dan Ara ini bagaimanapun mendapat perhatian bekas rakan sekolah mereka iaitu Ema yang mencuba sedaya-upaya untuk mendamaikan mereka berdua.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketika di bangku persekolahan, pasti ada sahaja beberapa perkara yang membuatkan seseorang itu ‘popular’ dalam kalangan para pelajar yang lain.
Mungkin seseorang itu mempunyai lebih ramai kawan di sekolah, memiliki peribadi yang membuatkan orang di sekeliling suka berkawan dengan mereka, ataupun sering menjadi ‘IT GIRL’ dengan penampilan ketika di sekolah mahupun di luar sekolah.
Kira sebut nama sahaja, pasti orang kenal.
Wani Kayrie Pernah Popular Di Sekolah Rendah, Tapi Populariti ‘Dicaras’ Oleh Ara Johari? Apa Kes?
Baru-baru ini, timbul satu isu di mana artis tempatan terkenal iaitu Wani Kayrie dan juga Ara Johari telah dilihat bertikam lidah di antara satu sama lain setelah mereka berdua dikatakan dilabel sebagai ‘IT GIRL’ ketika di bangku persekolahan.
Pada mulanya, Wani dan Ara merupakan sahabat karib. Memang rapat. Bagaikan isi dengan kuku!
Walau bagaimanapun, berlakunya satu kejadian di mana ‘spotlight’/reputasi Wani ini sebagai pelajar perempuan paling popular di sekolah telah dirampas oleh Ara yang merupakan pelajar baharu.
Meskipun kejadian tersebut berlaku ketika umur mereka masih setahun jagung, sehingga meningkat dewasa pun mereka masih tidak boleh mencapai kata sepakat dalam apa jua perkara sekalipun. Betul hebat penangan curi ‘spotlight’ ini ya!
Wani & Ara Diberi Tugas Penting Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Konflik berpanjangan di antara Wani dan Ara ini bagaimanapun mendapat perhatian bekas rakan sekolah mereka iaitu Ema. Idea bernas Ema untuk menyatukan mereka berdua adalah dengan memberikan mereka satu tugasan untuk bersaing dalam pertandingan hiasan rumah sempena Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah PPR.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Ema untuk mereka berdua ini berdasarkan jumlah ‘likes’ yang diterima untuk setiap hiasan rumah yang mereka lakukan di media sosial. Jadi, tengoklah siapa yang terima paling banyak ‘likes’ daripada pengikut masing-masing, dia akan diumumkan sebagai pemenang.
Hebat juga cerita mereka ini, punyalah nak bersaing di antara satu sama lain!
Wani & Ara Berdansa Bersama Penduduk PPR. Comelnya!
Di penghujung cerita pertelingkahan mereka ini ada ‘rainbow’ juga ya. Wani dan Ara dilihat berjoget bersama-sama dengan penduduk PPR kawasan tersebut sambil menyanyikan lagu Raya yang bertajuk ‘Raya Serba Baharu’. Amboi, meriahnya!
Untuk anda yang berminat untuk mengetahui apakah pengakhiran kes pertelingkahan di antara Wani dan Ara, apa kata korang tengok sendiri video kat link bawah ni. Hebat juga mereka berdua ni sebenarnya.
Nak Menang Hadiah Menarik Dari MR. DIY? Jom Join Tarian #RayaSerbaBaharu Menerusi TikTok Challenge!
Ha, ingat video menari itu saja-saja je ke? Tidak, ya!
Anda boleh menyertai Cabaran Tarian Tiktok #RayaSerbaBaharu MR.DIY dan hantarkan penyertaan anda ke https://mrdiy.co/rayadancechallenge.
Paling best, para peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM20,000 termasuk Apple Airpods Max, DJI Pocket 2, JBL Xtreme 3 dan banyak lagi! Selain itu, setiap penyertaan yang berjaya akan menerima Baucar Tunai MR.DIY PERCUMA bernilai RM10.(Tertakluk kepada terma dan syarat).
Cara-cara untuk menyertai:
- Langkah 1: Cari lagu #RayaSerbaBaharu di TikTok.
- Pergi ke video tarian Raya Serba Baharu MR.DIY (https://www.tiktok.com/music/MRDIY-Raya-Serba-Baharu-7218007948441160453)
- Langkah 2: Mula rakam video TikTok.
- Rakamkan video Tiktok menari mengikut irama tarian Raya Serba Baharu MR.DIY ataupun masukkan sahaja tarian ciptaan korang sendiri dengan menggunakan lagu tersebut sekurang-kurangnya 15 saat. Jangan lupa kreatifkan video dengan suasana Raya yang lebih meriah!
- Langkah 3: Muat naik video TikTok & tag.
- Muat naik video anda di TikTok dengan menggunakan #MRDIY #RayaSerbaBaharu dan mention akaun TikTok @mrdiymy. Pastikan akaun anda ditetapkan kepada ‘public’.
- Langkah 4: Submit!
- Lengkapkan penyertaan anda di https://mrdiy.co/rayadancechallenge untuk berpeluang memenangi hadiah menarik!
Mudah je, kan? Menari lagu Raya, boleh menang hadiah menarik. Yang penting, kreatif!
“Raya Serba Baharu” Bersama MR. DIY
Bersempena dengan Hari Raya tahun ini, pasti ramai yang ingin menghias rumah masing-masing, kan? Maklumlah, nanti tetamu tiba barulah boleh ada ‘spot’ yang cantik untuk tangkap gambar.
Jangan risau, MR. DIY ada semua benda yang korang perlukan bermula daripada hiasan gantung, sticker, pelita dan lampu LED, semua cantik-cantik! Nak tambah style lagi, ada perabot, bantal, tikar lantai, alas meja, kotak tisu dan pengikat langsir.
Tak lupa, jangan lupa beli pinggan mangkuk dan perkakas dapur untuk hidangan raya yang awesome. Dan, kalau nak pastikan rumah sentiasa bersih dan teratur, MR. DIY juga ada jual pembersih rumah dan produk penjagaan diri ya!
Apa yang lebih menarik untuk tahun ini, MR. DIY ada menawarkan ‘star product’. Apa tu?!
Ha, antaranya adalah set jug kaca 5-in-1 yang sangat berbaloi! Sekarang tengah promo 30% jadi RM13.90 je [Harga biasa RM19.90], sesuai untuk hidangkan air buat tetamu.
Tapi tu tak habis lagi, kali ni MR. DIY tampil dengan koleksi khas Hari Raya iaitu brooch, dokoh kebaya, songkok dan butang baju melayu! First time ever okay!
Selain daripada koleksi Hari Raya di atas, syarikat subsidiary MR. DOLLAR dari MR. DIY pun ada jual snek, minuman, dan barangan dapur dengan harga yang sangat berpatutan untuk Hari Raya ini tau.
Promosi Gift With Purchase Dengan MR. DIY!
Promosi Gift With Purchase dari MR. DIY Raya ini betul-betul berbaloi! Dapatlah 1 paket (4pcs) sampul raya eksklusif, tapi kena cepat sebab selagi stok masih ada. Untuk melayakkan diri pelanggan hanya perlu berbelanja dalam satu resit seperti di bawah:
- MR.DIY – Minima RM40
- MR.TOY – Minima RM50
- MR.DOLLAR – Minima RM30
Cashback & Diskaun Menarik Di Kedai-kedai MR. DIY, MR. TOY, dan MR. DOLLAR
Pelanggan tegar kedai-kedai MR. DIY pasti akan teruja sebab ada cashback dan diskaun menarik di kedai-kedai MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR sekarang ni! Kerjasama dengan tiga pembekal perkhidmatan kewangan ini, pelanggan boleh menerima cashback atau diskaun dalam kedai dengan e-wallet Boost dan Touch ‘n Go, atau pakai kad HSBC Bank.
Jadi jangan lupa untuk cepat-cepat pergi ke kedai-kedai yang menyertai promosi ni ya!
MR.DIY ‘Raya Serba Baharu’ untuk semua
Untuk pengetahuan korang semua, matlamat MR.DIY mencipta tema ‘Raya Serba Baharu’ ini adalah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan sebaiknya, sama ada sebagai hos atau tetamu di rumah orang.
Mereka telah menyusun kesemua koleksi istimewa untuk perayaan ini dan kesemua barang dijual pada harga yang rendah dan terjangkau oleh semua lapisan masyarakat. Ia bertujuan meringankan beban rakyat di tengah-tengah suasana perayaan.
MR.DIY juga sentiasa komited untuk memberi nilai yang terbaik pada masyarakat, terutamanya semasa perayaan penting seperti ini. Nak beraya sakan pun masih boleh berjimat. Best, kan?!
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati laman web MR. DIY platform e-dagang www.mrdiy.com.my, dan rangkaian sosial Facebook dan Instagram MR. DIY untuk mendapatkan kemas kini terkini.
Oh! Selamat Hari Raya diucapkan daripada kami! 🙂
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)