fbpx
Now Reading
realme Lancar 10 Pro 5G Edisi Coca-Cola Pada Harga RM1,399

realme Lancar 10 Pro 5G Edisi Coca-Cola Pada Harga RM1,399

Realme Lancar 10 Pro 5G Edisi Coca-Cola adalah terhad di mana hanya 6,000 unit yang dihasilkan di seluruh dunia dan akan dijual di lima negara sahaja termasuk Malaysia bermula hari ini 13 April.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, realme hari ini (13 April) telah melancarkan secara rasmi peranti realme 10 Pro 5G Edisi Coca-Cola untuk pasaran di Malaysia.

realme dalam satu majlis pelancaran semalam (12 April) turut mengumumkan harga peranti edisi khas itu iaitu RM1,399.

Secara ringkasnya, realme 10 Pro 5G Coca-Cola Edition adalah peranti realme 10 Pro 5G edisi khas.

Apa yang membezakan antara kedua-duanya adalah edisi terhad ini mempunyai pelbagai hiasan bertemakan Coca-Cola di sekelilingnya khususnya bahagian belakang selain turut ditawarkan dengan kotak istimewa.

realme 10 Pro 5G tampil dengan paparan yang cantik selain prestasinya yang menghampiri peranti Flagship antaranya:

  • Paparan Tanpa Had 120Hz
  • Kamera ProLight 108MP premium yang sama seperti 10 Pro+ 5G
  • Chipset Snapdragon 695 5G
  • Kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh bateri besar
  • 33V SUPERVOOC Charge
  • pra-pasang realme UI 4.0

Dari segi dalaman pula, ia hadir dengan 8GB RAM dan storage 256GB.

Yang menariknya, peranti kelas pertengahan ini adalah terhad di mana hanya 6,000 unit yang dihasilkan di seluruh dunia dan akan dijual di lima negara sahaja termasuk Malaysia. Empat lagi negara lain adalah Thailand, Indonesia, Filipina dan India.

Nada dering khas untuk penggemar Coca-Cola

Selain sistem antara mukanya (UI) yang unik, telefon ini juga mempunyai nada dering khas iaitu lagu tema Coca-Cola dan bunyi air gas. Bukan itu sahaja lock screen, custom ikon dan efek pengecasan juga telah diubah suai kepada tema Coca-Cola.

Sebagai info, ini bukan kali pertama realme bekerjasama dengan jenama popular, sebelum ini mereka juga pernah mengeluarkan peranti dengan tema Dragon Ball dan juga Naruto.

Selain itu peranti mereka juga pernah dihasilkan designer terkenal dunia dari Jepun, Naoto Fukusawa.

Peranti ini boleh didapati di beberapa kedai realme terpilih di serata Malaysia dan secara online di TikTok rasmi mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.