fbpx
Now Reading
“Saya Cuba Dapatkan Close Up” -Tular ‘Terlanggar’ PM Anwar, Elizabeth Tan Mohon Maaf & Perjelas Apa Yang Terjadi

“Saya Cuba Dapatkan Close Up” -Tular ‘Terlanggar’ PM Anwar, Elizabeth Tan Mohon Maaf & Perjelas Apa Yang Terjadi

Kenyataan yang dikeluarkan Lizzy sekaligus menepis dakwaaan dan video tular di media sosial yang mendakwa PMX yang juga Ahli Parlimen Tambun itu ‘gatal’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas terlanggar beliau sewaktu Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media serta meraikan golongan seni di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra dengan pangggilan Lizzy, kerana terlalu teruja, dia telah terlanggar PM yang dilihat sedang menuju ke meja mereka untuk bersalam dengan beberapa individu.

“Teruja sangat jumpa DS Anwar Ibrahim sampai saya terlanggar dia. OMG, maaf,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Elizabeth sekaligus menepis dakwaaan dan video tular di media sosial yang mendakwa Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu ‘gatal’.

Namun dalam masa, ia menimbulkan perdebatan di kalangan netizen apabila ada yang meminta Lizzy untuk menurunkan video berkenaan kerana ia boleh menjadi modal politik untuk memfitnah Anwar. Malah ada yang tertanya-tanya mengapa Lizzy memohon maaf dan ‘siapa yang terlanggar siapa’.

“Saya cuma nak dapatkan close up”

Tidak berdiam diri, Lizzy kemudian tampil membalas soalan-soalan tersebut. Menurutnya, beliau yang terlanggar Anwar kerana cuba mendapatkan sudut gambar yang lebih dekat. Ketika itu PM mahu bersalam dengan seorang individu di hadapannya.

“Saya cuma nak dapatkan shot close up sikit. Tapi saya tak terfikir DS nak salam orang di depan saya.

“Betu laju gila sebab ramai orang. Ini pertama kali dapat jumpa, baru saya tahu situasinya macam mana,” jelasnya.

Terdahulu tular video di TikTok yang seolah-olah menuduh PM sengaja melanggar dan ‘memeluk’ Lizzy.

Namun di dalam video itu, dapat dilihat Lizzy sedang berundur manakala Anwar sedang bergerak ke hadapan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.