fbpx
Now Reading
Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

Doktor Samhan berkongsi perkara ini memandangkan kes curang di Malaysia kian meningkat dan menjadi bualan ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan isu keruntuhan rumah tangga melibatkan selebriti dan figura umum dek kehadiran orang ketiga antara yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Bahkan masyarakat juga tidak terkecuali di mana setiap hari pasti sahaja ada kes baharu seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Walaupun kebiasaannya perkara ini berlaku disebabkan orang ketiga atau lebih popular dengan panggilan ‘penyondol’, namun mereka juga tidak boleh disalahkan 100% kerana masalah ini tidak akan timbul jika pihak sebelah sana tidak melayan.

“Tepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi”

Isu sebegini merupakan perkara yang harus dipandang serius, kerana penyelesaian masalah bukan setakat penceraian sahaja, malah kesihatan mental pasangan dan anak-anak akibat ibu bapa berpisah juga boleh terjejas.

Susulan itu, pakar kesihatan yang dikenali sebagai Doktor Ahmad Samhan berkongsi kesan yang akan dialami oleh isteri atau pasangan yang berdepan situasi dicurangi.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun miliknya, Doktor Samhan memberikan perkongsian ini susulan kes curang di Malaysia yang kian meningkat dan menjadi bualan ramai.

Dapat berlengah lagi, ini 7 kesan mental yang akan dihadapi oleh pasangan:

#1 Rasa sakit dah hilang kepercayaan

Cukup sekadar mendengar cerita nasib orang yang dicurangi oleh pasangan, pasti sakitnya itu turut terasa di hati bukan? Namun sakit itu lebih pedih bagi orang yang melaluinya sendiri.

Selain itu, jika mendengar cerita soal curang boleh membuat kita rasa berjaga-jaga dalam memilih pasangan, ketahui juga bahawa orang yang dicurangi mampu hilang  kepercayaan kepada pasangannya atau mana-mana individu lain.

#2 Rasa marah, benci dan dikhianati

Mana mungkin ada pasangan yang masih boleh tersenyum gembira atau sabar sahaja apabila menghadapi situasi dicurangi, setinggi-tinggi kesabaran pasti boleh hancur dengan dugaan sebegini.

Oleh itu, antara kesan mental lain yang boleh dihadapi oleh pasangan adalah rasa marah, benci dan berasa bahawa pasangannya telah mengkhianati kepercayaan dan cinta yang diberikan.

#3 Rasa risau dan takut untuk teruskan hubungan

Percaya atau tidak, dalam kes curang sebegini, ada segelintir individu yang menghadapi situasi trauma sehingga takut untuk meneruskan hubungan meskipun pasangan sudah berjanji tidak mengulanginya lagi.

Oleh yang demikian, perasaan risau dan takut untuk meneruskan hubungan juga antara kesan mental lain yang akan dilalui oleh pasangan.

#4 Gangguan tidur dan hilang selera makan

Walaupun tidak semua yang menghadapi kesan ini, tetapi kebanyakkan individu pasti akan berasa hilang selera makan serta susah untuk tidur.

Kesan ini berlaku kerana otak yang terlalu banyak berfikir serta tertanggu dengan apa yang telah berlaku.

#5 Gangguan kesihatan mental

Selain daripada susah untuk tidur dan hilang selera makan, gangguan mental seperti depresi, kecemasan, dan stres pasca-trauma juga antara kesan lain yang akan dilalui oleh isteri.

Kesan mental ini amatlah berbahaya kerana seseorang yang gagal berfikir secara waras mampu melakukan apa sahaja yang boleh memudaratkan dirinya atau orang di sekeliling.

#6 Gangguan hubungan suami dan isteri

Antaran kesan mental lain yang akan dirasai oleh wanita setelah mengetahui pasangannya curang semestinya gangguan hubungan suami dan isteri.

Ini kerana fikiran yang susah untuk melupakan dan sentiasa teringat akan kesalahan yang dilakukan oleh suami.

#7 Kesulitan untuk memaafkan suami

Walapun mulut cakap ‘ya’ tapi boleh jadi sebaliknya di hati, kesukaran untuk memaafkan pasangan curang secara ikhlas bukannya mudah terutama bagi isteri yang pernah memberi peluang kedua kepada suaminya.

Oleh itu, kesulitan untuk memaafkan suami merupakan antara kesan mental lain yang mungkin dihadapi oleh isteri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.