fbpx
Now Reading
Lelaki OKU Berguling Masuk Ke Masjid Untuk Solat Jemaah Undang Sebak Orang Ramai [Video]
lelaki oku berguling ke masjid buat ramai sebak

Lelaki OKU Berguling Masuk Ke Masjid Untuk Solat Jemaah Undang Sebak Orang Ramai [Video]

Tindakan lelaki OKU itu turut mengundang rasa sebak di kalangan orang ramai apabila melihatnya tetap berusaha walau terpaksa berguling untuk menunaikan solat jemaah di masjid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang hamba kepada Allah SWT kita sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintahnya tidak kiralah dalam apa jua keadaan.

Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan syurga dan darjat yang tinggi buat hambaNya yang sentiasa menuju ke arah kebaikan dan melaksanakan perintah yang disuruh.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh individu yang mempunyai kekurangan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) kerana ia bukanlah satu penghalang untuk tidak melaksanakan perintah Allah SWT. Bahkan tindakan mereka sentiasa menjadi contoh yang baik kepada umat Islam yang lain.

Tindakan individu OKU berguling ke masjid undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dikongsikan oleh Nasrul Mohamed memaparkan keadaan seorang lelaki kurang upaya yang berguling untuk pulang ke rumah dari sebuah masjid dipercayai di Kubang Kerian, Kelantan hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan Nasrul sedang berbual dengan lelaki OKU, Roqib (‘Aatid) itu dengan begitu mesra sekali.

Cacat dari kecil namun tak patahkan semangat untuk ke masjid

Menurut Nasrul, kecacatan yang dialami oleh insan istimewa tersebut adalah sejak kecil lagi namun ia bukanlah alasan buatnya untuk tidak ke masjid bagi menunaikan solat secara berjemaah.

Malah dia turut menunjukkan betapa dia berusaha untuk ke masjid meskipun terpaksa berguling keluar dari masjid selepas selesai urusannya di rumah ibadah itu.

Dalam satu lagi video dimuat naik, Nasrul turut menunjukkan individu berkenaan berguling dengan secepat mungkin agar dia tidak terlepas daripada melakukan ibadah solat itu secara berjemaah.

“Guling-guling kejar solat. Sempatlah rakaat kedua, nasib baik imam baca ayat pendek,” katanya di dalam video.

Ramai sebak lihat kesungguhan lelaki OKU

Menjengah ke ruangan komen di TikTok, video tersebut telah membuatkan ramai pengguna media sosial sebak dengan situasi itu.

Ada juga yang menyatakan meskipun mempunyai kekurangan namun usahanya untuk melaksanakan perintah Allah SWT lebih baik dari mereka yang sempurna dan cukup sifat.

Sebagai rekod ini merupakan pertemuan kali kedua Nasrul bersama Roqib, mereka sebelum ini pernah bertemu pada tahun 2019.

“Dia berguling di dunia, di akhirat Insha-Allah dia berlari selaju kilat”

“Allahuakbar.. sedihnya.. tapi tetap berusaha jadi hamba Allah yang beriman”

“Ya Allah aku betul-betul malu dengan kau bang.. Aku yang boleh jalan ni pun payah nak sampai masjid”

“Allahuakbar syurgamu menanti”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.