fbpx
Now Reading
Pecah Air Ketuban Awal, Wanita Terpaksa Harungi Perjalanan 2 Jam Dari Singapura Untuk Bersalin Di JB
wanita lalui perjalanan hampir 2 jam untuk beranak di Johor Bharu

Pecah Air Ketuban Awal, Wanita Terpaksa Harungi Perjalanan 2 Jam Dari Singapura Untuk Bersalin Di JB

Menurut Cheng, dia dijangkakan bersalin pada 7 April, namun air ketubannya pecah dua minggu lebih awal memaksanya terus pulang ke Johor Bahru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita Malaysia yang mengalami air ketuban pecah di Singapura terpaksa merentasi sempadan untuk ke Johor Bharu bagi melahirkan bayinya di negara asal.

Wanita yang dikenali sebagai Cheng Kai Ling telah bekerja dan menetap di Singapura lebih dari enam tahun.

Sebaik mengetahui dirinya hamil, dia membuat persediaan untuk melahirkan bayi itu di sebuah hospital swasta yang terletak di Johor Bharu, lapor The Straits Times.

Trafik sesak menyukarkan pasangan untuk ke Johor Bharu bagi melahirkan bayi

Namun seperti yang diketahui umum perjalanan dari sempadan Singapura menuju ke Johor Bharu pada waktu bekerja dan hari minggu seperti Sabtu pagi sangat sesak.

Ia secara tidak langsung telah menganggu urusan mereka untuk menyeberangi tambak tersebut dan memerlukan bantuan dari anggota Imigresen dan Pegawai Pusat Pemeriksaan (ICA).

Difahamkan semua bermula pada jam sekitar 7 pagi, 25 Mac lalu selepas wanita tersebut terkejut apabila bangun dari tidur disebabkan bunyi penggera suaminya sebelum menyedari dia seperti sedang terbaring di dalam sebuah kolam air.

Sepatutnya dijangka bersalin dua minggu lagi sebelum sedar air ketuban pecah

Menurutnya, pada awalnya dia dijangkakan untuk bersalin bayi sulungnya itu dua minggu lagi iaitu pada 7 April.

Namun apabila air ketuban telah pecah mereka yang menetap di Singapura terpaksa mengharungi perjalanan sekitar 10 minit untuk pusat pemeriksaan ke Johor Bharu.

Sebaik tiba di sana, wanita itu berusaha untuk melalui terowong dan laluan antara kedua negara bersama suaminya.

“Kami tidak memirkirkan pilih lain, meskipun saya mengalami kesakitan dan berasa kurang selesa.

“Saya terfikir jika perkara itu boleh menyebabkan cecair amniotik hilang dan boleh menjejaskan keselamatan bayi, namun tetap diteruskan,” kata Cheng kepada The Straits Times ketika dihubungi.

Pegawai ICA bantu proses keluar dari Singapura dengan cepat

Meskipun air ketuban telah pecah sejak berada di rumah, namun mereka tidak pernah terfikir untuk pergi ke mana-mana hospital berdekatan di Singapura.

Cheng yang juga seorang penguasaha kedai roti di rumah turut memaklumkan bahawa dia telah menerima bantuan dari pihak ICA Singapura pada waktu itu.

Menurut jurucakap ICA pegawainya, Qaisarah Hata dan Umar Faarooq Raffick telah mendekati pasangan berkenaan dan memahami situasi mereka selepas melihat Ong berada dalam keadaan cemas.

Ong yang bekerja sebagai kontraktor kemudian memaklumkan kepada pegawai berkenaan bahawa isterinya mahu bersalin dan meminta bantuan agar urusan mereka dipercepatkan memandangkan air ketuban sudah pecah.

Mereka kemudian berusaha untuk membantu mempercepatkan proses pasangan tersebut untuk ke Johor Bharu dan turut menyediakan kerusi roda buat ibu hamil berkenaan.

Memandangkan jumlah orang berada di ruang legar bas agak ramai, pegawai dari Response Team lantas mengiringi pasangan terbabit untuk ke tempat bas berlepas dan meminta pemandu segera menghantar mereka ke Malaysia.

Proses di ICA hanya ambil masa kurang dari 10 minit

Ujar jurucakap ICA itu, dengan bantuan yang disalurkan oleh pegawai proses itu mengambil masa lebih kurang 10 minit.

“Saya berasa bangga kerana dapat membantu pasangan tersebut, malah saya dapat mendengar kebimbangan si suami melalui suaranya. Kami juga berasa lega sebaik mengetahui ibu dan anak berkenaan berada dalam keadaan selamat,” ujar Qaisarah.

Pertolongan yang diterima oleh Cheng ketika di negara jiran itu telah membantu memudahkan urusannya untuk keluar dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bharu termasuk ketika mereka tidak dapat mengemukakan beberapa dokumen untuk mengesahkan kehamilannya.

Pujuk bayi agar keluar ketika semua urusan di Pusat Pemeriksaan selesai

Sepanjang perjalanan itu, Cheng berkata dia telah memujuk bayi yang sedang menanti waktu kelahiran itu untuk memberi kerjasama dan tunggu sehinggar mereka selamat sampai di hospital untuk keluar dari perut ibunya.

Mereka kemudian sampai di Hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri lebih kurang dua jam setengah selepas meninggalkan rumah di Singapura.

Proses bersalin wanita itu turut dilaporkan lancar dan pasangan tersebut dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Torrex Ong. Dia kini sedang menjalani proses berpantang di sebuah pusat di Johor Bahru.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.