fbpx
Now Reading
Didakwa Curang, View Chin Tampil Mohon Maaf & Minta Orang Ramai Beri Masa
View Chin mohon maaf

Didakwa Curang, View Chin Tampil Mohon Maaf & Minta Orang Ramai Beri Masa

View Chin menerusi hantaran tersebut bukan hanya memohon maaf malah turut meminta agar diberikan masa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan dan juga influencer, View Chin tampil memohon maaf selepas tular dakwaan yang mengatakan dia curang terhadap isterinya, Shermine atau lebih dikenali sebagai Ah Moi.

Permohonan maaf itu dibuat oleh usahawan berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Usahawan di TikTok mohon maaf lepas didakwa curang terhadap isteri

View Chin dalam masa sama, turut meminta orang ramai untuk memberikannya sedikit masa untuk menyelesaikan bagi membetulkan keadaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua (kerana) beberapa hari ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda.

“Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa,” tulisnya dalam hantaran itu.

Perniagaan terkesan lepas isu rumah tangga tular

Usahawan itu turut memaklumkan selepas isu rumah tangganya itu menjadi sohor di media sosial ia turut memberi kesan kepada perniagaan yang dijalankan apabila terdapat peniaga yang mula bertanya mengenai hal terbabit.

“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa-apa barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller (peniaga) dan semua jenama barangan bertanya berkenaan perkara yang tular dan mahu wang mereka dikembalikan.

“Saya perlu satu per satu menjawab panggilan setiap peniaga dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu.

“Perkara ini menimpa sampaikan perniagaan saya langsung tidak dapat dijalankan lagi. Kedai saya dikacau orang ramai begitu juga dengan kakitangan saya juga kena kacau. Bagi saya masa untuk balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu. Saya akan jawab.”

Sebelum ini, isu rumah tangga pasangan usahawan tersebut sohor di media sosial selepas isterinya mendakwa View Chin curang bersama pekerjanya.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh isterinya menerusi Facebook dan turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan suaminya bersama pekerja itu di WhatsApp

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.