fbpx
Now Reading
“Rancak Pokok Ni Ikut Bertasbih” – Daun Keladi Bergerak Seakan Berzikir Undang Perhatian Ramai [Video]

“Rancak Pokok Ni Ikut Bertasbih” – Daun Keladi Bergerak Seakan Berzikir Undang Perhatian Ramai [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan daun keladi itu bergerak seiring dengan alunan tasbih imam yang kedengaran daripada suara berdekatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, kita seharusnya percaya bahawa hidupan seperti tumbuh-tumbuhan dan sebagainya juga berzikir kepada Allah SWT sama seperti manusia.

Perkara ini telah dinyatakan dalam surah al-Isra ayat 44: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”.

Walaupun manusia tidak memahami dan dengar akan puji-pujian tumbuhan kepada Allah SWT, tetapi manusia boleh melihat pergerakan ia yang sedang berzikir.

Daun keladi bergerak seakan berzikir

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial seorang lelaki merakam pergerakan daun keladi yang seakan berzikir mengikut alunan tasbih dari sebuah surau berhampiran.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @unclerizal, kelihatan daun keladi itu sedang bergerak ke kiri dan ke kanan seperti gerakan manusia yang sedang bertasbih.

Dengar suara imam sedang bertasbih di surau

Dalam video sama, kendegaran juga suara imam melalui speaker pembesar suara di surau berhampiran yang sedang bertasbih.

Apa yang menakjubkan, pergerakan daun keladi itu bukanlah disebabkan oleh angin kerana daun-daun yang lain tidak kelihatan bergerak.

“Rancak pokok ni ikut bertasbih, Salam Ramadan semua, selamat berpesta ibadah,” tulisnya di dalam video.

Ramai kagum dan percaya daun tersebut sedang berzikir

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dan percaya bahawa daun keladi tersebut juga sedang berzikir kepada pemilik alam ini.

Malah, segelintir netizen juga mengatakan pernah melalui perkara yang sama iaitu melihat pokok atau daun sedang berzikir.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.