Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Saban hari ada sahaja berita mengenai kemalangan jalan raya yang dilaporkan di dada-dada akhbar.
Tidak dinafikan kita semua pasti tidak mahu perkara buruk sebegini berlaku namun adakalanya sikap segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri menjadi punca berlakunya kemalangan.
Tindakan lori buat pusingan ketika di simpang jalan undang kecaman ramai
Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku di dalam satu video tular di TikTok yang memaparkan sebuah lori membuat pusingan U yang berbahaya kepada pengguna jalan raya lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh Info Dashcam,kelihatan sebuah lori secara tiba-tiba keluar dari satu persimpangan sehala untuk menuju ke laluan sebelah kanan.
Apa yang lebih membahayakan, lori itu sebenarnya melawan arus semata-mata untuk masuk ke laluan berkenaan.
Sikap pentingkan diri menyebabkan laluan sesak
Keadaan itu secara tidak langsung telah membuatkan laluan di simpang berkenaan sedikit sesak apabila kenderaan di belakang lori berkenaan terhalang dari melalui jalan tersebut.
Malah lori itu juga turut berhenti secara melintang untuk menunggu keadaan selamat untuk memasuki simpang di sebelah kanan.
Sikap penting diri pemandu lori itu sebenarnya boleh mencetuskan kemalangan sekaligus membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pemandu lori berkenaan dan meminta pemilik dashcam untuk membuat laporan mengenainya.
Tidak kurang juga ada yang terhibur dengan suara latar yang digunakan kerana sesuai dengan tindakan tidak bertanggungjawab lori berkenaan.
“Tak jadi apa-apa tak apa, kalau jadi. Siap”
“Ambil nombor pendaftaran kenderaan lepas tu buat laporan kan senang”
“Terkejut ingatkan cocomelon.. tapi kepala bapa pula”