fbpx
Now Reading
Baru Peluk Islam, Mualaf Terima Banyak Sokongan Dari Orang Ramai [Video]
lelaki convert islam

Baru Peluk Islam, Mualaf Terima Banyak Sokongan Dari Orang Ramai [Video]

Kata Furqan, dia baru sahaja mendapat kekuatan untuk memaklumkan penghijrahannya itu dan berharap agar rakan-rakan sentiasa memberikannya sokongan untuk terus istiqamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seseorang yang beragama Islam sudah tentu kita mengalu-alukan individu lain yang berminat untuk mendekati agama suci ini.

Malah Islam itu sendiri tidak pernah menghalang seseorang yang bukan beragama Islam untuk mempelajari atau jatuh cinta terhadap agama ini.

Lelaki cerita pengalaman peluk Islam

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @furqaan2903 yang memaparkan seorang mualaf sedang membayar zakat fitrah kepada seorang amil (individu yang ditugaskan untuk mengutip zakat).

Menerusi video, Furqan berkongsi momen dia bersama rakan ke masjid untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama sambil menyatakan dia telah melakukan perubahan yang besar di dalam hidupnya.

Di ruang kapsyen Furqan menyatakan pada 28 Mac yang lalu dia telah membuat satu keputusan yang sangat besar iaitu menjadi seorang muslim dengan memeluk Islam dan bersyukur dengan keputusan tersebut.

Baru mendapat kekuatan untuk berkongsi perjalanan baru sebagai seorang muslim

Namun dia baru mendapat kekuatan baru-baru ini untuk menyatakan perkara tersebut kepada semua orang serta berharap agar rakan agama asalnya tidak menjauhkan diri selepas dia bergelar seorang Muslim.

“Saya harap semua rakan agama lama saya tidak menjauh dari saya dan sentiasa ada bersama walau apa yang terjadi serta sokong dan hormati keputusan ini.

“Saya sayangkan semua kawan-kawan termasuklah rakan Muslim yang mendoakan yang terbaik untuk saya dan sentiasa istiqamah,” tulisnya.

Menurut Furqan, mulai sekarang tidak kira apa yang berlaku kepada dirinya dia akan menganggap perkara itu sebagai satu cabaran atau ujian.

@furqaan2903

Big change i do on my life .. what is it ? 28/3 sy buat keputusan yang sangat besar iaitu sy convert to muslim alhamdulillah 😊🤲🏻 right now sy baru berani untuk kasi tahu semua orang .. and i hope all my kristian friend tidak menjauh dari sy and always ada bersama sy no matter what happen and support me and respect my decision . i lovee all my friend and all my muslim friend doakan yang terbaik untuk sy 😊 and sentiasa istiqamah 🤲🏻 And right now no matter what happen to me sy anggap itu cabaran yg perlu saya hadapi . This year to many thing happen biar pun baru awal tahun banyak perlu saya belajar sangat sangat banyak and thanks yg selalu bagi kata kata semangat untuk sy sometimes sy insecure with my tattoo kalau sy pergi masjid orang tenggok” but my friend always say biar ja jangan peduli 😊 . And ya my chapter just begin .. perkenalkan sy muhammad furqaan samudin abdullah 😊 #islam #fyp #mualaf

♬ Peace Be Upon You – Maher Zain

“Tahun ini macam-macam perkara berlaku biar pun baru awal tahun banyak perlu saya belajar dan terima kasih kepada yang selalu bagi kata semangat untuk saya.”

Video berdurasi selama 12 saat itu ternyata telah mengundang perhatian ramai, apabila pengguna media sosial semua mendoakan dan memberikan sokongan kepada Furqan untuk terus istiqamah dalam perjalanannya menjadi seorang Muslim.

“Maksud nama Furqan ialah membezakan kebenaran daripada kepalsuan. Seindah dengan nama yang saudara pilih”

“Alhamdulillah saudaraku, semoga terus istiqamah”

“MasyaAllah, alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memberi awak petunjuk untuk perjalanan baru ini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.