fbpx
Now Reading
Kes Motosikal & Skuter Terbakar Depan KLCC, Rider Makanan Mengaku Tak Bersalah
motosikal terbakar depan KLCC

Kes Motosikal & Skuter Terbakar Depan KLCC, Rider Makanan Mengaku Tak Bersalah

Tertuduh yang dikenali sebagai Azril Kamarunzaman juga dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000 selepas rayuan peguam diterima hakim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 13 April lalu, negara dikejutkan dengan berita 13 buah motosikal serta empat skuter elektrik terlibat dalam satu insiden kebakaran di parkir pusat beli belah, Suria KLCC.

Dalam kejadian itu, sebanyak sembilan motosikal bersama empat skuter elektrik telah dilaporkan hangus terbakar dan empat lagi mengalami kerosakan yang teruk.

Susulan dari kejadian kebakaran itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes tersebut.

Baca artikel berkaitan: Motosikal & Skuter Terbakar Di KLCC : Lelaki Disyaki Cetus Kebakaran Ditahan

Rider mengaku tak bersalah berhubung kejadian motosikal & skuter terbakar

Terbaharu, lelaki berkenaan yang merupakan seorang rider makanan membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan membakar 11 buat motosikal dan empat skuter elektrik di pusat beli belah berkenaan.

Pengakuan itu dilakukan oleh individu berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada hari ini (19 April).

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang dikenali sebagai Azril Kamarunzaman berusia 34 tahun didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api apabila membakar motosikal berkenaan di parkir berhadapan Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pukul 3.30 petang, 13 April.

Memetik laporan Sinar Harian, pertuduhan terhadap lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan individu boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ketika prosiding berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah memberi cadangan Azril untuk dibenarkan ikat jamin bernilai RM12,000.

Merayu ikat jamin dikurangkan kerana tanggung isteri dan ibu bapa

Peguam, Muhamad Ridzuan Umar bagaimanapun merayu agar ikat jamin tersebut dapat dikurangkan dengan alasan lelaki itu mempunyai tanggungan isteri dan ibu bapa.

Sejurus mendengar permohonan dari kedua belah pihak, hakim kemudian membenarkan Azril untuk diikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.