fbpx
Now Reading
Gembira Jadi Duka, Rumah Terbakar Beberapa Hari Menjelang Aidilfitri [Video]
rumah terbakar tinggal beberapa hari nak raya

Gembira Jadi Duka, Rumah Terbakar Beberapa Hari Menjelang Aidilfitri [Video]

Menerusi video, lelaki itu turut menunjukkan keadaan rumahnya ketika api marak di tingkat atas rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedang kita semua sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi, ada insan yang sedang bersedih dan tidak dapat meraikan Aidilfitri seperti kebiasaannya.

Itulah yang dilalui seorang pengguna TikTok apabila @muhd_fikri2 rumahnya yang dipercayai di Bangi, Selangor terbakar akibat litar pintas.

Menerusi video tersebut, Fikri menunjukkan keadaan rumah yang sudah berselerak disebabkan kejadian kebakaran tersebut.

Katanya, ketika kejadian berlaku dia sedang sibuk memberi anak-anaknya makan.

“Tengah bagi anak makan, tiba-tiba bilik atas terbakar. Dugaan 2 hari je lagi nak raya,” luahnya sedih.

Tunjuk keadaan rumah ketika kejadian berlaku

Malah Fikri juga turut menunjukkan keadaan rumahnya ketika api sedang marak di tingkat atas, sambil kelihatan kelibat anggota bomba sedang bertugas di lokasi tersebut.

Dalam video juga kelihatan habis barangan di tingkat atas terbakar dan seperti tiada yang dapat diselamatkan.

Asap disedari oleh adik yang berada di tingkat atas

Di ruangan komen, Fikri memaklumkan kejadian itu berlaku ketika semua orang berada di tingkat bawah dan asap kebakaran mula disedari oleh adiknya.

“Itu lah masa kejadian semua dekat bawah, yang perasan asap adalah adik di tingkat atas dia selamat dan sempat keluar,” tulisnya.

Seorang pengguna TikTok Sai_ , turut menasihatkan orang ramai untuk membuat pemeriksaan pendawaian sekiranya sesebuah rumah itu sudah dihuni lebih daripada 10 tahun.

Dalam pada itu, netizen yang lainnya tidak ketinggalan mendoakan agar urusan Fikri dipermudahkan dan bersabar atas dugaan yang menimpanya sekeluarga.

“Semoga dipermudahkan segala urusan”

“Allahuakbar bang bertabahlah, andai ini dugaan yang diberi laluinya dengan tenang dan reda”

“Bersabar ya bang, tak apa rezeki tak pernah putus”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.