fbpx
Now Reading
“Jalan Jam Katanya” – Customer Beli Lemang Naik Helikopter Undang Perhatian Ramai [Video]

“Jalan Jam Katanya” – Customer Beli Lemang Naik Helikopter Undang Perhatian Ramai [Video]

Menurut pemilik video, pelanggan terbabit menggunakan helikopter untuk mengambil lemang kerana jalan raya yang sesak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu ini (22 April).

Mesti sejak semalam, ramai yang sudah mula melakukan pelbagai persiapan bukan?
Dari makanan sampailah pakaian.

Namun, di waktu kemuncak begini kebanyakan jalan sudah mula dipenuhi dengan kereta menyebabkan pergerakan ke sesuatu tempat itu menjadi lambat dan sedikit terbatas.

“Kan best kalau ada helikopter, tak payah hadap jam,” luahan segelintir individu.

Customer beli lemang naik helikopter

Pun begitu, itulah yang dilakukan oleh seorang individu ini apabila tular satu video di media sosial dia membeli lemang dengan menggunakan helikopter.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @harrysamsudin, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengangkat kotak dan juga guni.

Difahamkan kotak dan guni yang dibawa mereka itu dipenuhi dengan lemang yang ditempah oleh pelanggan terbabit dipercayai dari Lemang Toki di Bentong.

Dalam video sama, kelihatan kotak dan guni itu dibawa masuk ke dalam helikopter berwarna merah yang mendarat berhampiran ladang kelapa sawit.

Beli lemang naik helikopter sebab jalam sesak

Menurut pemilik video, pelanggan terbabit menggunakan helikopter untuk mengambil lemang kerana jalan raya yang sesak.

“Customer beli lemang naik heli guys, jalan jam katanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi mereka setelah melihat video berdurasi 41 saat itu.

Malah mereka turut mendakwa pelanggan terbabit sememang seorang yang kaya raya dan mempunyai nama yang besar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.