Pemuda Kongsi Perbezaan Bunyi ‘Hon Berbudi’ Vs ‘Hon Biadap Yang Biasa Digunakan Penunggang Motosikal [Video]
Kata pemuda ini, jika hon yang dibunyikan itu panjang itu bermaksud ‘hon biadap’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain kereta, jalan raya turut digunakan oleh beberapa lagi jenis kenderaan lain seperti bas, teksi, dan juga motosikal.
Sebagai pengguna jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan bertimbang rasa kepada individu lain.
Oleh itu, setiap kenderaan pasti mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan mesej kepada pengguna lain sebagai contoh mengangkat tangan menandakan terima kasih atau membunyikan hon sebagai tanda amaran dan lain-lain.
Lelaki kongsi beza hon berbudi dengan hon biadap diberikan motosikal
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan @mie.yul_ yang berkongsi perbezaan bunyi hon dibiasa digunakan oleh penunggang motosikal.
Katanya, sebagai seorang yang menunggang motosikal terdapat perbezaan bunyi hon di antara hon berbudi bahasa dengan bunyi hon yang biadap.
“Kepada akak dan abang semua jangan terasa kalau motor hon sikit-sikit.
“Dia ada beza tau kalau hon berbudi dengan hon biadap,” katanya.
Bunyikan hon untuk tunjuk berpezaan
Dia kemudian membunyikan hon yang panjang dan berulang kali untuk menandakan itu adalah kategori ‘hon biadap’.
Namun kalau ‘hon berbudi’, ia hanya berbunyi pendek sahaja dan mungki diulang dua atau tiga kali sebagai peringatan atau meminta diberi laluan.
“Maksud dia kalau hon sikit tu minta maaf ya, minta tolong beri laluan sikit ha macam tu.
“Kita minta baik-baik, itu bahasa dia. Kalau dah tengah-tengah sesak takkanlah kita nak turun motor kan ketuk pintu abang minta laluan sikit,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan pemuda ini dan bersetuju dengan perbezaan yang dikongsikan itu.