“Cukuplah Sambal Nyet Je Yang Sold Out” – Khairul Aming Nafi Sedang Dilamun Cinta [Video]
Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah renungan KA yang dilihat begitu berbeza hingga ada menggelarkannya ‘panahan asmara’ dan beranggapan dia sedang dilamun cinta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sejak pagi tadi (25 April) tular di Twitter satu tangkap layar video TikTok memperlihatkan usahawan dan Influecer makanan, Khairul Aming (KA) sedang berbual bersama seorang gadis di sebuah kafe minuman.
Menerusi foto tersebut KA dilihat begitu khusyuk memerhatikan gadis berkenaan yang sedang memperkatakan sesuatu.
Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah renungan KA yang dilihat begitu berbeza hingga ada menggelarkannya ‘panahan asmara’ dan beranggapan beliau sedang dilamun cinta.
Lantaran itu ruangan komen video berkenaan dihujani dengan ratusan komen kaum wanita yang ‘broken’ dan kecewa sekiranya gadis itu benar-benar teman wanita Khairul Aming.
Sedar dengan topik hangat tersebut, KA kemudiannya dengan tenang tampil menjelaskan apa yang terjadi.
Menurut KA, video tersebut sebenarnya dirakam ketika dia sedang berada di sebuah kafe untuk membeli air.
Namun kemudian dia dihampiri oleh gadis tersebut yang memintanya mendengar sebuah lagu nyanyian Afhan untuk dijadikan lagu latar video TikTok.
“Aku kat Starbucsks la beli air, adik ni datang ‘bang cuba dengan lagu Afghan ni boleh tak kita buat TikTok lagu ni.
“Lepas tu kawan dia rakam dari belakang,” jelas Khairul Aming sambil ketawa.
aduh jauh twist ni 🤣🤣 aku kat starbucks la beli air, adik ni datang “bang cuba abg dengar lagu afghan ni boleh tak kita buat tiktok lagu ni”. Me : “alamak saya tak hafal lagu ni”
Penjelasan KA sekaligus menjawab persoalan orang ramai hingga ada yang menarik nafas lega memandangkan statusnya ketika ini masih lagi ‘belum berpunya’.