Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, pasti ahli keluarga dan sanak saudara akan berkumpul di kampung untuk menyambut 1 Syawal bersama-sama.
Bagaimanapun, suasana rumah yang dipenuhi dengan saudara mara pasti akan menyebabkan ada segelintir yang terpaksa tidur di ruang tamu rumah, di dalam kereta dan sebagainya.
Malah, ada juga keluarga yang terpaksa menyewa inap desa sepanjang berada di kampung kerana rumah yang terlalu padat.
Berkhemah bersama keluarga ketika pulang ke kampung menyambut raya
Pun begitu, siapa sangka sebuah keluarga ini yang pulang ke kampung untuk untuk menyambut lebaran telah mendapat idea bernas dengan berkhemah beramai-ramai di halaman rumah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ayuzainal14, kelihatan beberapa buah khemah yang sudah dipasang berada di halaman rumah terbabit.
Boleh BBQ lagi walaupun cuaca panas
Dalam video berasingan, turut kelihatan pelbagai aktiviti outdoor seperti BBQ juga dilakukan oleh mereka meskipun cuaca di waktu tengah hari agak panas.
“Tengah hari agak bahang juga, kitorang lepak je bawah pokok sambil tala (halakan) kipas,” balas pemilik video ketika ditanya oleh seorang pengguna TikTok.
Netizen puji khemah beramai-ramai dapat eratkan lagi hubungan keluarga
Meninjau di ruangan komen, video berdurasi hanya 8 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan jumlah tontonan lebih 1 juta dan 44 ribu tanda suka.
Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga memuji tindakan mereka untuk berkhemah bersama-sama kerana dapat mengeratkan lagi hubungan saudara mara.