fbpx

Mat Rempit Di Kota Bharu Payung ‘Wheelie’ Di Hari Raya Teruk Dikecam Ramai [Video]

PDRM sedang mengesan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aktiviti bahaya (wheelie) sambil membonceng seorang wanita dipercayai di Kg Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sabtu lalu (22 April), seluruh umat Islam di Malaysia dan beberapa negara lain telah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama sanak saudara.

Antara aktiviti yang menjadi kewajipan setiap kali menjelangnya lebaran pastinya berkunjung ke rumah saudara mara, kenalan bersama ahli keluarga.

Bagaimanapun, segelintir individu terutamanya golongan muda lebih gemar memeriahkan suasana hari raya dengan melakukan aktiviti bermotosikal bersama rakan-rakan.

Tindakan sedemikian bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah turut mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain serta perasan kurang selesa.

Mat rempit tunjuk aksi bahaya atas jalan raya ketika hari raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video seorang lelaki bersama seorang wanita melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal jalan raya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook akaun Rafi Superbike, kelihatan pasangan sedondon yang mengenakan baju raya berwarna baby blue itu sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 sambil melakukan aksi ‘wheelie’.

Dalam video yang sama, kedua-dua individu terbabit turut melakukan beberapa lagi kesalahan iaitu tidak memakai topi keledar.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Ramai kecam tindakan mereka, bahayakan keselamatan

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua individu terbabit yang melakukan aksi berbahaya itu.

Selain itu, kebanyakan netizen juga meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu tersebut.

Polis cari penunggang motosikal terbabit

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut.

Aksi yang dilakukan oleh individu tersebut secara bahaya merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penunggang motosikal diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis berdekatan dengan kadar segera.”

komen warganet di laman Facebook:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.