fbpx
Now Reading
Sapu Muka Dengan Tangan Selepas Solat Bukan Sunnah? Ini Penjelasannya [Video]

Sapu Muka Dengan Tangan Selepas Solat Bukan Sunnah? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kitab-kitab ulama mazhab al-Syafie yang mengatakan sunat menyapu muka selepas solat adalah daif, lemah dan maudhu’ (palsu).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, pasti anda kerap melihat atau melakukan amalan menyapu dahi dan muka sejurus selesai memberi salam selepas solat.

Amalan itu seperti sudah menjadi suatu kebiasaan dan dikatakan sebagai Sunnah Nabi Muhammad SAW yang harus diikuti.

Sapu dahi dan muka selepas solat bukan Sunnah

Pun begitu, seorang lelaki ini mengatakan perbuatan sedemikian bukanlah suatu Sunnah yang perlu dijadikan ikutan buat umat Islam.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok dakwah Islam @bukharitvofficial, Baginda tidak pernah mengajar umat Islam untuk menyapu dahi dan muka selepas solat.

@bukharitvofficial ❌️ After Prayer! To Support the Dawah and Spread the Sunnah, Click the Patreon link in the Bio. May Allah reward you ALL! AMEEN! #letthesunnahgoforth #muslimtiktok #dua #allah #islam ♬ original sound – Bukhari TV Official

Lebih baik lakukan wirid dan doa selepas solat

Jelasnya, sejurus selepas selesai memberi salam sebaiknya melakukan wirid (berzikir) dan membaca doa.

Hantaran video terbabit turut dikongsikan di laman Twitter @akmaladi_my, di mana pelbagai pendapat diberikan oleh pengguna Twitter.

Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh orang dahulu kerana ingin membersihkan muka dari kotoran seperti debu atau pasir yang melekat di wajah.

“Tidak bermasalah untuk diamalkan” – Mufti Wilayah Persekutuan

Namun menurut laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kitab-kitab ulama mazhab al-Syafie yang menyebut sunat menyapu muka selepas solat adalah daif, lemah dan maudhu’ (palsu).

“Kami cenderung kepada pendapat bahawa amalan ini tidak bermasalah untuk diamalkan seperti mana yang difatwakan oleh para ulama mazhab al-Syafie.

“Walaupun begitu, barangsiapa yang meninggalkan kerana berhati-hati, maka hukumnya tidak makruh dan tidak wajar dijadikan polemik,” kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.