fbpx
Now Reading
Bukan Setakat Beri Laluan, Escort Agong Turut Iringi Ambulans Selepas Dapat Tahu Ada Pesakit [Video]

Bukan Setakat Beri Laluan, Escort Agong Turut Iringi Ambulans Selepas Dapat Tahu Ada Pesakit [Video]

Di dalam video sama, jelas kelihatan seorang kakitangan kesihatan di dalam ambulans turut membuka tingkap dan mengangkat tangannya tanda berterima kasih kepada baginda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (25 April) tular di media sosial video Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan laluan kepada sebuah ambulans yang dalam kecemasan di Pekan, Pahang,

Video tersebut yang dimuat naik akaun Istana Negara di TikTok ternyata mencuri perhatian ramai apabila baginda disifatkan sebagai seorang pemimpin yang begitu mengutamakan rakyat.

Menerusi video tersebut Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu sendiri kenderaannya berada di laluan tengah bagi memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Difahamkan baginda pada waktu itu dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu lalu di belakang kenderaan yang mengiringinya.

@istananegaraofficial KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang petang hari ini. Seri Paduka Baginda dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang motoked Baginda. #royal #malaysia ♬ original sound – Istana Negara

Di dalam video sama, jelas kelihatan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan di dalam ambulans turut membuka tingkap dan mengangkat tangannya tanda berterima kasih kepada baginda yang sedang memandu.

Dari pemerhatian kami, ambulans berkenaan merupakan kenderaan milik Hospital Rompin, Pahang.

Kakitangan KKM kongsi video Tuanku dari dalam ambulans

Dalam pada itu, seorang kakitangan kesihatan yang berada di dalam ambulans turut berkongsi video baginda pada waktu itu.

Menurut pemilik akaun TikTok mohdfarhidabadarudin, lelaki ini menjelaskan bahawa dia merupakan pemandu ambulans terlibat.

“Terbaik YDPA, patik yang memandu ambulans tersebut,” katanya di ruangan komen Istana Negara sebelum berkongsi video berkenaan.

Pegawai pengiring Agong escort ambulan sebaik tahu ada pesakit

Jelas di dalam video yang dikongsikan, ambulans yang dinaiki mereka memecut laju sebelum memotong sebuah kereta Volvo bernombor plat kuning yang dipandu Agong.

Tambah pemandu ambulans itu lagi, bukan setakat membuka laluan, seorang escort baginda turut mengiringi ambulans berkenaan sebaik mengetahui ada pesakit di dalamnya.

“Escort tu dari belakang tanya (kami) ada pesakit atau tidak. Dia terus minta kami ikut dia,” katanya lagi.

Perkara itu dikongsikan pemandu berkenaan selepas seorang netizen menyedari seorang pegawai pengiring Agong dilihat memecut laju ke arah ambulans sebaik kenderaan kecemasan tersebut melepasinya.

Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai protokol, namun ramai yakin tindakan pantas pegawai pengiring berkenaan pastinya sudah mendapat perkenan dari baginda YDPA.

Ramai beri pujian pada YDPA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok dilihat berbangga dan memuji sikap Al-Sultan Abdullah yang begitu peka dengan keadaan rakyat di saat kecemasan.

Bahkan ada segelintir yang turut meminta golongan VVIP seperti ahli politik agar mencontohi sikap baginda.

Tidak kurang juga yang berpendapat rakyat Malaysia cukup mengetahui keperibadian baginda yang suka mengutamakan dan membantu orang ramai.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen:

Contoh yang tiada tandingan

The best Agong. Daulat Tuanku

Semua rakyat dah kenal Tuanku memang utama rakyat

Menteri kena jadikan Tuanku sebagai model

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.