fbpx
Now Reading
Dapat Komen ‘Untunglah Masih Ada Nenek Dapat Beraya Bersama’, Siapa Sangka Pemuda Ini Rupanya Simpan Kisah Pilu [Video]

Dapat Komen ‘Untunglah Masih Ada Nenek Dapat Beraya Bersama’, Siapa Sangka Pemuda Ini Rupanya Simpan Kisah Pilu [Video]

Difahamkan suatu masa dahulu, hampir semua ahli keluarga Aidil meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan maut di KM36 Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, Serendah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berpeluang merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga tersayang termasuk atuk dan nenek adalah satu nikmat kurniaan Allah SWT.

Ini kerana tidak semua manusia mampu berbuat demikian lebih-lebih lagi jika insan tersayang berada di kejauhan atau lebih sedih lagi, sudah tiada di dunia ini.

Justeru ramai pasti berkongsi kegembiraan beraya bersama mereka apatah lagi perayaan ini disambut setahun sekali.

Begitu yang dilakukan seorang pemuda, @cucumakaji_ di TikTok apabila memuat naik video bersama neneknya dipercayai di pagi raya dengan kapsyen, “Tidak mahu kehilangan yang ini.”

Menerusi video tersebut, dia yang dikenali sebagai Aidil dilihat memimpin erat tangan neneknya di saat warga emas emas itu berjalan.

‘Mesej’ ringkas ini jelas membuktikan betapa kuat dia menyayangi neneknya dan berharap mampu terus bersama untuk satu tempoh yang begitu lama.

Perkongsian Aidil kemudiannya menarik perhatian netizen di mana rata-rata menyifatkan dia sebagai beruntung kerana masih mempunyai seorang nenek untuk disayangi. Ini kerana ramai yang sudah kehilangan nenek masing-masing sebaliknya hanya dapat melepas rindu dengan melihat pusaranya.

Bahkan ada juga yang merasakan tindakannya berkongsi video berkenaan membuatkan segelintir orang bersedih khususnya buat mereka yang sudah merasai kehilangan.

Namun siapa sangka, di sebalik semua itu, rupanya tersimpan satu kisah sedih membabitkan ahli keluarganya yang ternyata mengundang sebak ramai.

Hampir semua ahli keluarga meninggal dunia terlibat kemalangan

Difahamkan suatu masa dahulu, hampir semua ahli keluarga Aidil meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan maut di KM36 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, Serendah.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pemuda ini menerusi satu beberapa siri video di TikTok bagi membalas pertanyaan orang ramai.

“Maaf kalau saya ada buat orang sedih, saya turut terlibat dalam kemalangan tersebut Alhamdulillah diberi peluang untuk jaga nenek,” tulisnya sebagai kapsyen.

Di dalam video sama, dia turut berkongsi keratan akhbar mengenai kemalangan yang meragut nyawa lima ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya di saat usia Aidil baru menginjak empat tahun.

@cucumakaji_

Replying to @zar sorry kalau saya ada buat orang sedih, saya turut terlibat dalam kemalangan tersebut alhamdulillah diberi peluang untuk jaga nenek 🖤🤍

♬ Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari

Menurut Aidil, tragedi tersebut berlaku pada tahun 2003 di mana kereta yang dipandu oleh bapanya dihempap oleh sebuah lori tangki selepas kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta yang sedang memotong di laluannya.

Kesemua ahli keluarga Aidil yang berada di dalam kereta tersepit manakala dia yang ketika itu masih kecil telah tercampak ke luar kereta.

Aidil kemudiannya berjaya diselamatkan namun adiknya yang turut dihantar ke hospital meninggal dunia sewaktu menerima rawatan keesokan harinya.

“Masa tu arwah ayah nak hantar tempahan pelanggan kerana dia merupakan seorang pencetak baju. Dalam perjalanan pulang dari Serendah ke Kampung Baru, kereta dari belakang nak potong kereta kami namun ia bertembung dengan lori tangki di laluan bertentangan.

“Lori tangki hilang kawalan lalu terbalik dan menimpa kereta kami. Saya tercampak keluar. Tetapi ibu, ayah, abang, kakak dan adik tersepit dalam kereta. Adik masih hidup ketika diselamatkan namun tengah hari keesokannya, dia turut hembuskan nafas terakhir.

“Saya tak berapa ingat dengan jelas ketika itu. Apa yang saya ingat, saya sedar apabila dah berada di atas stretcher,” dipetik dari mStar.

Kisah Aidil turut tular di Twitter membuatkan ramai sebak dengan nasib yang menimpanya.

Berikut antara komen yang diberikan netizen sebaik mengetahui kisah sebenar yang menimpa keluarga Aidil:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.