“Malu Pun Dapat” – Tindakan Myvi Dipercayai Potong Barisan Undang Padah Selepas Tersangkut Di Bahu Jalan [Video]
Kereta Myvi berwarna kelabu yang tersangkut itu turut mengalami kerosakan di bahagian bumper depan mungkin disebabkan tersagat selepas gagal keluar dari kawasan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila menjelang sahaja Hari Raya sudah tentu ramai penduduk negara akan bergerak untuk pulang ke kampung atau menziarahi sedara-mara.
Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di beberapa kawasan sebagai contoh lebuh raya, kawasan kampung kerana ramai yang sudah pulang beraya.
Meskipun berdepan dengan kesesakan jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk bersabar dan mengikut barisan agar ia tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama jika melalui jalan yang sempit.
Myvi tersangkut dekat tepi jalan dipercayai kerana potong barisan
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang tersangkut di bahu jalan hingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan oleh @m.a7annnn kelihatan beberapa lagi kenderaan di hadapan dan belakang kenderaan tersebut sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke sebuah simpang.
Manakala kereta Myvi itu dipercayai tidak beratur dan berkemungkinan mengikut laluan di tepi jalan sehingga menyebabkan sebahagian kenderaannya di bahagian kiri berjalan di atas rumput dan tersangkut.
Cuba gerakkan kereta untuk keluar tetapi gagal
Kereta Myvi berwarna kelabu itu kemudian cuba menggerakkan kenderaannya ke belakang dan depan namun masih tidak berjaya keluar dari kawasan rumput berkenaan.
“Masalah King (Myvi), orang lain boleh je ikut barisan,” kata individu tersebut di ruang kapsyen.
Bumper kereta rosak dan hampir tercabut disebabkan tersangkut
Di dalam satu lagi video yang dimuat naik kelihatan Myvi itu turut mengalami kerosakan di bahagian bumper depan dan ia seperti mahu tercabut mungkin disebabkan tersagat kerana pemandu cuba keluar dari kawasan tersebut.
Melihat di ruangan komen, video tersebut mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen apabila ada yang menyatakan keadaan itu bukan hanya menyebabkan pemandu Myvi itu mendapat malu dan terlambat, bahkan dia kini terpaksa menanggung kerugian untuk membaiki keretanya.
Tidak kurang juga segelintir yang turut menasihati orang agar tidak memotong barisan dan bersabar semasa menggunakan jalan raya.