fbpx
Now Reading
Trend Wanita Tawar Servis Jadi Peneman Ketika Raya Buat Ramai Kurang Senang
Trend Wanita Tawar Servis Jadi Peneman Ketika Raya

Trend Wanita Tawar Servis Jadi Peneman Ketika Raya Buat Ramai Kurang Senang

Trend tersebut turut disifat seperti merendahkan maruah wanita Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiba sahaja Hari Raya, ramai di kalangan individu yang masih bujang bimbang jika mereka akan disoal mengenai jodoh atau adakah diri sudah berpunya.

Ini kerana, jika mereka masih belum berpunya peluang ini akan digunakan untuk memperkenalkan mereka kepada kenalan untuk bersuai kenal.

Oleh itu, ada yang sanggup berbohong dengan meminta kenalan terdekat untuk menyamar menjadi teman istimewa mereka.

Trend tawarkan perkhidmatan ‘teman beraya’ mula tular di Twitter

Terbaharu, tular di Twitter trend penawaran servis sebagai ‘teman beraya’ atau dalam bahasa mudahnya khidmat teman wanita sewa dengan berpura-pura menjadi kekasih pada harga serendah RM100.

Trend tersebut secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang orang ramai yang merasakan ia sesuatu perkara yang kurang baik.

Menerusi perkongsian yang diciap oleh Amirul Ruslam di Twitter menyatakan trend itu sebagai sesuatu yang merosakkan apabila tiada lagi sifat malu oleh seseorang wanita Muslimah.

Apa yang lebih mengejutkan apabila terdapat juga servis memegang tangan dengan caj tambahan serendah RM10.

“Entahlah, bagi aku ‘trend’ atau gurauan sewa diri adalah satu trend yang merosakkan sifat malu seseorang muslim itu.

“Dengan ‘add on’ (tambahan wang) RM10, RM70, RM80 sudah dapat pegang tangan,” ciapnya.

Sifatkan trend menunjukkan maruah diri yang murah

Malah dia turut menyifatkan begitu murahnya maruah diri dan kehormatan seseorang itu. Jadi tidak hairanlah apabila berlakunya maksiat ada yang seperti bangga dengan perbuatan terkutuk itu.

Meninjau di ruangan balas, ramai yang memberi pandang mereka terhadap trend tersebut dan ada juga yang bersetuju bahawa ia merupakan satu ikutan yang kurang baik.

Malah ada juga menyatakan ia tidak sewajarnya dijadikan sebagai bahan lawak jenaka atau gurauan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.