fbpx
Now Reading
Aksi Pelanggan Dan Pekerja McDonald’s Cakap Loghat Nogori Ketika Memesan Makanan Undang Ketawa [Video]
lelaki cakap nogori undang ketawa

Aksi Pelanggan Dan Pekerja McDonald’s Cakap Loghat Nogori Ketika Memesan Makanan Undang Ketawa [Video]

Apa yang lebih menarik, pekerja restoran makanan segera itu turut membalas pesanan lelaki berkenaan dengan menggunakan loghat Nogori.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara perkara yang unik di Malaysia ini selain dari segi budaya dan adat tradisinya adalah bahasa atau loghat yang digunakan di setiap negeri.

Malah loghat yang digunakan oleh seseorang itu menjadi identiti kepada individu berkenaan bagi mengambarkan asal usulnya secara tidak langsung.

Bukan itu sahaja loghat yang digunakan ini juga sukar untuk dilakukan jika anda tidak berasal dari kawasan tersebut.

Pelanggan buat pesanan guna loghat Nogori

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @imhaze97 yang memaparkan gelagat pelanggan bersama pekerja sebuah makanan segera yang menggunakan loghat Negeri Sembilan apabila membuat pesanan.

Menerusi video berkenaan lelaki tersebut membuat pesanan di pandu lalu McDonald’s yang dipercayai di Seremban, Negeri Sembilan.

“Bagi sey (saya) burger ayam pedas satu set. Haa sobab eh nak makan podeh lah (nak makan pedas lah),” kata lelaki itu.

Pekerja McDonald’s balas guna loghat yang sama buat lelaki rasa teruja

Namun apa yang menarik perhatian, apabila pekerja yang mengambil pesanan lelaki berkenaan turut membalasnya dengan menggunakan loghat yang sama hingga membuatkan individu berkenaan teruja mendengarnya.

Selepas membuat pesanan lelaki itu kemudian berjalan ke kaunter seterusnya untuk membuat pembayaran, sebaik sahaja sampai dia kemudian bertanya pekerja yang mana satukah yang bercakap dengan menggunakan loghat tersebut.

Wanita yang berada di kaunter itu kemudian tersenyum dan mengakui dia lah orangnya sambil mengulang semula berapa jumlah pesanan yang perlu dibayar.

“RM35 lah, keluar bahaso pokat eh (bercakap guna loghat nogori dengan lancar).”

Lelaki itu kemudian menghulurkan wang untuk membayar makanan yang dipesan sambil memohon maaf kerana menggunakan tangan kiri.

“Tangan kiri yo, maaflah nak rakam ha. Tak ponah sey order (pesanan) guna loghat Negeri Sembilan ni. Pes time (pertama kali),” kata lelaki itu.

Di kapsyen video tersebut lelaki itu berkata loghat itu akan keluar secara tersendirinya apabila berada di Negeri Sembilan.

“Memang auto keluar bahaso nogori ehh, montang-montang (mentang-mentang) baru balik kampung.”

@imhaze97

Memang auto kluar bahaso nogori ehh🤣 montang-ii baru balik kg. #fypシ #viraltiktok #raya2023 #foryou #nogorian

♬ original sound – Imhaze97 – Imhaze97

Ramai terhibur dan minta buat di daerah lain

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut dan ada juga menyatakan ia comel.

Malah ada juga yang meminta agar perkara itu dilakukan lelaki tersebut jika berkunjung ke cawangan daerah lain seperti Kuala Pilah atau Tampin di Negeri Sembilan.

“Samalah automatik keluar bunyi Negeri Sembilan ea kalau ‘order’ dekat sana”

“Banyak-banyak negeri aku suka dengar orang Negeri Sembilan cakap, comel betul”

“Benda ni automatik mat.. saya pergi Negeri Sembilan memang cakap Nogori tak tahu kenapa”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.