fbpx
Now Reading
Gara-Gara Buat Aksi ‘Wheelie’ Ketika Hari Raya, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis
pasangan suami isteri dicekup

Gara-Gara Buat Aksi ‘Wheelie’ Ketika Hari Raya, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis

Pasangan terbabit ditahan selepas suspek hadir ke IPD Kota Bharu, Kelantan untuk menyerah selepas dua hari menghilangkan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan satu pasangan yang sedang menaiki motosikal sambil membuat aksi ‘wheelie’ di jalan raya.

Aksi tersebut dilakukan pasangan yang memakai baju Melayu dan baju kurung itu dengan menggunakan motosikal jenis Honda C-110B berwarna putih di Kota Bharu, Kelantan.

Polis kemudiannya telah membuat serbuan di sebuah rumah di Peringat dan telah merampas motosikal yang digunakan namun kedua suspek gagal ditemui dan dipercayai melarikan diri.

Baca artikel berkaitan: Mat Rempit Di Kota Bharu Payung ‘Wheelie’ Di Hari Raya Teruk Dikecam Ramai [Video]

Polis tahan pasangan suami isteri remaja lepas tular aksi ‘Wheelie’

Terbaharu, polis telah berjaya menahan kedua-dua individu yang kemudiannya disahkan sebagai suami isteri.

Lelaki yang berusia 17 tahun dan wanita 16 tahun itu ditahan selepas kedua-dua suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk menyerah diri selepas dua hari menghilangkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Roshdi Daud pasangan tersebut ditahan pada jam 10 pagi, 27 April.

Aksi bahaya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain

Katanya, aksi berbahaya yang tular di media sosial itu bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pasangan itu turut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi permohonan tahana reman.

“Siasatan lanjut akan diteruskan untuk pendakwaan bersama dituduh di bawah peruntukan undang-undang yang sama yang boleh membawa kepasa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan denda tak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.”

Foto: PDRM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.