“Membuka Aurat Itulah Manusia Hipokrit..” – Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran Kepada Alya Iman
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai tahu mesej UAD itu ditujukan kepada Alya memandangkan pendakwah terkenal itu turut menyelitkan satu tangkap layar laporan media yang tertera nama aktres berusia 22 tahun itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama pelakon, Alya Iman antara yang hangat diperbincangkan di media sosial selepas dia membuat kejutan dengan memuat naik foto tidak lagi bertudung sejak 1 Syawal yang lalu.
Alya Iman kemudian mendedahkan sudah lama membuka tudung bahkan ianya sudah diketahui lebih awal oleh mereka yang rapat dengannya.
“Keluarga dan teman rapat memang tahu saya tidak lagi berhijab. Cuma, saya memilih untuk tidak berkongsi mengenainya dalam media sosial.
“Sebelum ini, saya memang berperang dengan diri sendiri adakah saya sudah bersedia dengan kecaman netizen jika kongsi penampilan baru dalam media sosial.
“Selepas mendapat persetujuan keluarga dan teman rapat, saya nekad untuk berkongsi perubahan imej dengan khalayak,” katanya dipetik Berita Harian.
Lebih mengejutkan apabila Iman mendedahkan dia berbuat demikian kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.
“Tak nak hipokrit dan mahu jadi diri sendiri,” kata Alya Iman berhubung tindakannya berkongsi foto berkenaan.
Terbaharu isu tersebut turut menarik perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani (UAD).
Mengapa ke kubur atau mahkamah syariah tutup aurat
Beliau menerusi satu hantaran di Instagram mempersoalkan alasan ‘tidak mahu menjadi hipokrit’ yang digunakan Alya berhubung tindakannya berkongsi foto tidak lagi bertudung.
“Membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit. Mengapa saat kalian ke kubur atau ke mahkamah syariah kalian menutup aurat?
“Mengapa saat kalian menjadi mayat kalian ditutup aurat untuk mengadap Allah SWT? Tiba-tiba sekarang baru menyebut tidak mau digelar manusia hipokrit?” kata beliau tegas.
Tidak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah kalian yang soleh itu..
Bahkan UAD turut mengegur aktres berkenaan kerana perbuatannya itu seolah-olah telah melupakan arwahnya yang juga pelakon lagenda, Allahyarham Ustaz Azmil Mustapha.
“Tidakkah Ramadan sepatutnya menjadikan kalian menjadi mukmin bukannya manusia munafik? Tidak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah kalian yang soleh itu sehingga kalian sanggup melakukan dosa besar ini?”
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai tahu mesej berkenaan ditujukan kepada Alya memandangkan pendakwah terkenal itu turut menyelitkan satu tangkap layar laporan media yang tertera nama aktres berusia 22 tahun itu.
Rata-rata netizen bersetuju
Perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki ternyata mendapat perhatian pengguna Instagram termasuk selebriti seperti Linda Rafar serta Sheila Mambo di mana rata-rata dilihat bersetuju dengan teguran dan pertanyaan yang beliau bangkitkan.
Malah ramai yang turut mendoakan agar Alya Iman dan mana-mana kaum hawa yang teruji untuk kembali istiqamah.