fbpx
Now Reading
Zach King Kongsi Video Kolaborasi Bersama Sofyank Buat Ramai Kagum [Video]

Zach King Kongsi Video Kolaborasi Bersama Sofyank Buat Ramai Kagum [Video]

Lebih manis apabila Zach King pada ruangan komen turut memuji kehebatan Sofyank sebagai seorang pembikin filem dan artis VFX.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Influencer dan artis VFX terkenal Malaysia, Sofyank baru-baru ini telah memenangi Ultimate VFX Challenge, di Los Angeles.

Challenge tersebut yang merupakan acara bulanan anjuran idolanya, YouTuber dan artis VFX antarabangsa, Zach King turut disertai beberapa pencipta kandungan popular.

Namun hasil tangan dan kesan VFX Sofyank tenyata lebih ‘berbisa’ apabila membuatkan tiga juri iaitu Wren, Kelli Erdman dan hos Mythbuster, Adam Savage terperdaya dan kagum sekaligus menobatkan anak muda dari Kelantan itu sebagai juara.

Kolaborasi dua ‘magician’

Terbaharu Zach King telah memuat naik satu video memperlihatkan kolaborasinya bersama Sofyank.

Menerusi video tersebut, kedua-dua artis VFX popular ini telah mempamerkan trik baharu mereka iaitu mengubah secawan kopi menjadi kek selain papan menu yang diubah menjadi kain napkin table.

Trik ini dilihat menyamai kesan FX yang digunakan Sofyank ketika memenangi VFX Challenge tempoh hari iaitu mengubah Epal kepada kek.

Hasilnya juga begitu sempurna hingga membuatkan ramai pengikut Zach King dan Sofyank menjadi kagum.

Zach King puji Sofyank

Lebih manis apabila Zach King pada ruangan komen turut memuji kehebatan Sofyank sebagai seorang pembikin filem dan artis VFX.

“Sofian ialah rakan saya dari Malaysia dan dia seorang pembikin filem dan artis VFX yang luar biasa. Dia baru-baru ini datang ke Los Angeles untuk bersaing dalam cabaran menghasilkan filem yang saya anjurkan. Tiada spoiler (tapi) anda patut menontonnya di saluran YouTube saya,” kata Zach King.

Respon Zach King turut mendapat respon positif dari Sofyank yang meninggalkan catatan, “Best moment ever!”

Rata-rata peminat dua artis VF ini termasuk rakan industri dan pencipta kandungan dari serata negara turut tidak terkecuali apa memuji kolaborasi yang dihasilkan mereka berdua.

Sofyank sudah banyak berkolaborasi bersama pelakon Hollywood ternama

Sebagai rekod, Sofyank sudah beberapa kali berkolaborasi bersama selebriti ternama antarabangsa antaranya Will Smith, Paul Rudd, Ryan Reynolds dan John Cena.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.