fbpx
Now Reading
‘Sound’ Pemberita Semasa Live, Kesatuan Wartawan Gesa Hattan Mohon Maaf [Video]

‘Sound’ Pemberita Semasa Live, Kesatuan Wartawan Gesa Hattan Mohon Maaf [Video]

Rata-rata netizen turut menyelar perbuatan Hattan yang dianggap biadap dan telah memalukan pemberita wanita itu dengan sengaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (28 April) nama penyanyi terkenal, Datuk Hattan hangat diperkatakan di media sosial gara-gara tindakannya menempelak seorang pembaca berita sebuah stesen TV swasta yang didakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Menerusi video siaran langsung tersebut yang tular di media sosial, Hattan pada mulanya dihubungi secara langsung bagi mendapatkan pandangannya mengenai pemergian rakan seangkatannya serta penyanyi terkenal XPCD, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, yang baru meninggal dunia.

Namun hanya kerana pembaca berita wanita tersebut kurang mengetahui tentang beberapa perkara mengenai kumpulan lagenda itu, Hattan terus bertindak menyelar pemberita terbabit.

Difahamkan isu tersebut tercetus selepas pembaca berita tersebut meminta pandangan Hattan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang disifatkan ‘makan dalam.’

Tak buat homework ke? – Hattan

Nada Hattan dilihat lebih kecewa apabila pemberita itu tersilap menyebut nama komposer Saari Amri berbanding arwah J.S. Kevin sebagai pencipta lagu-lagu XPDC selepas penyanyi tersebut memintanya menjawab siapakah yang menghasilkan lagu kumpulan tersebut.

“Apalah you ni. Tak buat homework ke (sebelum) tanya pasal Mael?”

Dengan nada kecewa, Hattan turut mencadangkan agar orang yang lebih arif tentang kumpulan berkenaan untuk mewawancaranya.

Penyanyi senior itu bagaimanapun sempat memberikan sedikit pandangannya mengenai pemergian arwah Mael sebaik pemberita berkenaan berjaya menjawab soalan dengan betul.

“Satu kehilangan yang sangat besar, memang arena Metal kehilangan rajanya,” kata Hattan.

Namun belum sempat penyampai berita itu mengucapkan terima kasih, Hattan terlebih dahulu telah memutuskan talian.

@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral ♬ original sound – Salimey Abu Bakar

Tindakan Hattan ternyata mencetuskan perdebatan di media sosial. Rata-rata netizen dilihat menyelar perbuatannya yang dianggap biadap dan telah memalukan wanita terbabit dengan sengaja.

Malah ada juga yang merasakan Hattan ‘koyak’ dan tidak profesional apabila menamatkan panggilan begitu sahaja.

Segelintir kemudian mula menyerang akaun Instagram miliknya memaksa pelantun lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ itu untuk menukar mode akaun media sosialnya itu kepada ‘private’.

NUJ gesa Hattan minta maaf

Terbaharu Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) turut meminta Hattan agar membuat permohonan maaf kepada pemberita terbabit.

Menurut Presiden NUJ Farah Marshita Abdul Patah, pengamal media bukanlah peserta program pertandingan realiti yang boleh dimalukan di hadapan orang awam.

Malah beliau menegaskan tindakan berkenaan oleh mana-mana saja pihak termasuk artis, ahli politik mahupun menteri harus dihentikan dengan segera.

Jelasnya lagi, Datuk Hattan sepatutnya bertindak lebih profesional dan boleh menolak pertanyaan itu secara sopan sekiranya beliau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan.

“Tindakan seperti itu akan memulakan rantaian ‘chain of events’, di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media.

“Belajarlah saling menghormati dan tunjukkan teladan yang baik terutamanya kepada generasi muda, pendirian NUJ adalah untuk saling menghormati,” kata Farah dipetik dari Sinar Harian.

Sehubungan itu beliau meminta Hattan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakannya tidak hanya memalukan pembaca berita malah dilihat memperlekehkan tugas pengamal media.

“Dalam hal ini juga, NUJ memuji pembaca berita wanita berkenaan yang kekal tenang dan profesional meskipun diasak dengan soalan kurang cerdik penyanyi berkenaan yang menuduhnya sebagai ‘tidak buat kerja’,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.