fbpx
ibu meninggal dunia

“Aku Jadi Hilang Arah” – Lelaki Cerita Saat Kehilangan Ibu Buat Ramai Mengalir Air Mata

Amar dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai untuk menzahirkan rasa sayang terhadap ibu bapa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu merupakan satu figura yang sangat dekat kepada anak-anak, kerana selain bapa insan inilah yang sentiasa menjaga mereka dengan mencurahkan kasih sayang seikhlas hatinya.

Malah terdapat segelintir di kalangan anak-anak yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibu sehingga setiap perkara diluahkan kepada wanita itu.

Lelaki cerita detik pemergian ibu tercinta

Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter yang dikenali sebagai Amar menceritakan detik pemergian ibu tercintanya.

Menurut Amar pada 13 April 2017 dia telah berbual bersama ibunya yang berada di Kedah melalui panggilan telefon.

Katanya yang berada di Johor ketika itu perbualan tersebut tidak kedengaran luar biasa. Namun terkejut apabila menerima panggilan dari bapa pada keesokkan harinya yang meminta dia untuk pulang walau apa cara sekalipun.

Amar mula merasakan seperti terdapat sesuatu perkara yang sedang berlaku tetapi cuba untuk diselindung oleh bapanya.

“11 pagi kakak aku call. Aku tak dengar apa dah, aku cuma dengar dia meraung. Dunia aku gelap, worst day and feeling ever (hari dan rasa yang teruk). Sumpah hancur terus hati.

“Arwah mak habis siram pokok, menyapu, sesak nafas dan rebah. Rebah di pangkuan riba tok (Ibu kepada mak Amar).

“Semua tu jadi terlalu cepat. Aku balik Kedah dalam keadaan hilang arah. Rasa macam semua ni tak betul, dan mengharapkan hari tu cuma mimpi yang panjang. Berharap bila aku bangun perkara akan menjadi normal,” ciapnya.

Tercari-cari meski tahu ibu tidak akan pulang

Jelasnya, setiap hari dia seperti mencari dan menunggu ibunya untuk pulang meskipun tahu ia tidak akan berlaku dan menyatakan dia tidak bersedia untuk kehilangan wanita tersebut secepat itu.

“Aku jadi hilang arah dan kehilangan yang teruk sepanjang 3 bulan. Sepanjang tempoh tu, itu lah titik terendah dalam hidup aku yang siapa pun tak akan mampu ubah apa-apa.

“Dan selepas peristiwa satu malam yang menunjukkan besarnya kuasa Allah dan besarnya kasih seorang mak barulah aku boleh sembuh dan berdiri macam biasa.”

Ujarnya peristiwa itu selepas ibu dikebumikan dia pulang dan memaksa diri untuk ke dapur dan melihat terdapat hidangan terakhir yang dimasak oleh wanita kesayangannya itu.

Makan hidangan terakhir yang ibu masakan sebelum meninggal dunia

Dia kemudian memakan makanan tersebut dalam keadaan yang sedih kerana makanan terakhir itu dirasakan hidangan paling enak.

“Dada berombak kuat sebab aku tahu itu lah hidangan last yang dia buat untuk anak-anak.

“Dan aku tahu itu lah masakan dia yang terakhir aku boleh rasa dekat dunia ni selepas ni mana aku pergi pun aku takkan dapat dah. Telan sampai habis.”

Selesai makan bapanya kemudian meminta maaf kerana tidak dapat melakukan apa-apa atas pemergian ibu.

Dia kemudian mengakui menyesal kerana tidak merakam video dan gambar bersama ibu dan belajar dari kesilapan itu dengan merakam setiap memori bersama keluarga sebanyak yang boleh.

Amar turut menasihati orang ramai untuk meluahkan rasa sayang dan mencipta momen sebanyaknya bersama ibu bapa.

Melihat di ruangan balas, ramai yang tersentuh dengan kisah tersebut dan mendoakan agar roh ibu Amar ditempatkan di kalangan orang beriman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.