fbpx
Now Reading
Baju Melayu & Tiket Flight Sudah Tersedia, Anak Terkilan Ridzuan Hashim Tak Sempat Ke Majlis Pernikahan

Baju Melayu & Tiket Flight Sudah Tersedia, Anak Terkilan Ridzuan Hashim Tak Sempat Ke Majlis Pernikahan

Namun Didie meluahkan rasa syukur kerana mereka sekeluarga sebelum itu sempat berkumpul semula dan bersama-sama meraikan Aidilfitri selepas lebih 20 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (5 Mei) dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon senior, Ridzuan Hashim.

Menurut laporan media tempatan, pemergian Allahyarham pada usia 62 tahun dipercayai berpunca akibat serangan jantung.

Anak bakal kahwin 20 Mei

Terbaharu bekas isteri Ridzuan yang juga pelakon, Didie Alias berkata, anak lelaki arwah iaitu Muhammad Dhanial terkilan kerana dia bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Mei ini tanpa kehadiran ayahnya.

“Itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.

“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” kata Didie Alias dipetik dari Harian Metro.

Sempat rai Aidilfitri bersama selepas 20 tahun

Namun Didie meluahkan rasa syukur kerana mereka sekeluarga sebelum itu sempat berkumpul semula dan bersama-sama meraikan Aidilfitri selepas lebih 20 tahun.

“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.

“Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.

“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” katanya.

Hari paling bahagia untuk arwah

Menerusi satu hantaran di Instagram, Didie turut berkongsikan satu foto memperlihatkan arwah bersama keluarga mereka.

” 4 Mei 2022 hari paling bahagia buat arwah. 4 Mei 2023, arwah pergi tinggalkan kami buat salama-lamanya,” kata Didie.

Sebagai info, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.