“Ini Tangga Hebat, Selalu Saya Date Dengan Mira” – Kenyataan ‘Selamba’ View Chin Raih Perhatian Ramai [Video]
Berdasarkan video tersebut, View Chin kelihatan seperti sudah tidak lagi memperdulikan segala sindiran orang ramai terhadap dirinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dapat dinafikan isu keruntuhan rumah tangga melibatkan selebriti dan figura umum dek kehadiran orang ketiga antara yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]
Sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai isu seorang usahawan dan influencer dikenali sebagai View Chin yang didakwa curang terhadap isterinya, Shermine (Ah Moi).
Tidak hanya itu, individu yang didakwa menjadi orang ketiga juga adalah pekerja mereka sendiri yang dikenali sebagi Amirah Aqilah.
Susulan daripada kontroversi yang tercetus itu, View Chin dan Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira mula mendiamkan diri daripada dunia media sosial untuk sementara waktu.
View selamba tunjuk tangga tempat date dengan Mira dalam ‘live’
Bagaimanapun selepas isu itu dilihat semakin reda, View Chin mula kembali aktif di dalam media sosial seperti di TikTok dan sebagainya dengan memuat naik video dan juga ‘live streaming’.
Baru-baru ini, tular pula satu rakaman live View Chin di mana dia berkongsi kepada pengikutnya sebuah tangga sambil mengatakan bahawa tempat tersebut merupakan kawasan di mana dia dan Mira selalu bertemu.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok akaun @kakicomen, kelihatan View Chin sedang menunjukan kawasan di dalam gudang dan pejabat.
“Ini tangga hebat, selalu saya date dengan Mira dekat sini lah. Kenapa? Sebab tangga ni boleh sampai studio,” katanya sambil tersenyum.
Dalam video yang sama, View Chin kelihatan seperti sudah tidak lagi mempedulikan segala sindiran orang ramai terhadap dirinya.
Ramai kecam dan dakwa View Chin main ‘reverse psychology’
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, di mana kebanyakan pengguna TikTok mendakwa View Chin sedang bermain ‘reverse psychology’.
Selain itu, rata-rata netizen juga mengecam dirinya kerana seakan bangga dan tidak rasa bersalah dengan kontroversi yang menimpa dirinya.
Ada juga yang puji View Chin
Pun begitu, segelintir individu juga memuji View Chin kerana tidak putus asa dan tetap kuat meneruskan kerjayanya sebagai sorang usahawan dan influencer.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Curang, View Chin Tampil Mohon Maaf & Minta Orang Ramai Beri Masa
BACA ARTIKEL BERKAITAN: