fbpx

MR DIY Perkenal Lebih 500 Koleksi Produk Bertemakan Disney. Ada Barangan Rumah, Permainan & Banyak Lagi!

Rangkaian produk Disney ini kini boleh didapati di cawangan-cawangan MR. DIY, MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad pada Rabu (3 Mei) telah memperkenalkan koleksi terbaru produk mereka, “Always Magical” yang bertemakan Disney.

Koleksi Always Magical ini juga hadir dengan lebih daripada 500 produk yang terdiri dari watak-watak Disney kegemaran ramai seperti Mickey Mouse dan rakan-rakan, watak-watak Puteri Disney, dan banyak lagi.

Rangkaian produk ini kini boleh didapati di cawangan-cawangan MR. DIY, MR. TOY dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Rangkaian produk bertemakan Disney oleh MR. DIY menawarkan sesuatu untuk semua– set kutleri dan perkakas dapur, bekas makanan, botol air dan gelas, mainan, serta barangan kegunaan rumah seperti jam dinding.

Terdapat juga rangkaian aksesori fesyen bertemakan Disney seperti anting-anting, rantai leher, gelang, dan kacamata hitam untuk setiap acara.

Menurut Ketua Pemasaran MR DIY Alex Goh, Disney adalah jenama yang tidak memerlukan pengenalan.

“Kita semua adalah generasi yang membesar dengan menonton filem-filem Disney, dan kita semua mempunyai watak Disney kegemaran masing-masing.

“Di MR DIY, kami ingin meraikannya dengan menjadikan barangan bertemakan Disney yang berkualiti tinggi boleh didapati oleh para peminat Disney dari semua peringkat umur dengan harga yang berpatutan.”

Goh menambah bahawa jam dinding, tumbler dan bekas makanan bertemakan Mickey Mouse adalah kegemaran para pelanggan.

“Apa yang penting adalah kami dapat menambah nilai dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada para pelanggan. Dengan adanya kerjasama dengan Disney, kami dapat menjadikan kunjungan mereka ke MR DIY ‘Always Magical’.”

Tawar diskaun sehingga 30% sempena pelancaran koleksi Disney

Untuk meraikan pelancaran koleksi terbaru ini, MR DIY juga mengadakan promosi bagi produk-produk Disney terpilih, menawarkan diskaun sehingga 30%.

Selain itu mereka juga menganjurkan pertandingan ‘Belanja dan Menang’ dari 1 hingga 31 Mei 2023.

Untuk tempoh terhad, para pelanggan yang melawat MR. DIY PLUS di Mid Valley Megamall boleh mengambil gambar dengan latar belakang bertemakan Disney dan menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan dari 3 hingga 7 Mei 2023 dan berpeluang memenangi hadiah dari MR DIY.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR DIY sila layari laman webnya, di sini atau di media sosial Facebook dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.