fbpx
Now Reading
“Sebab Tu Motor Sesak!” – MB Johor ‘Tegur’ Kakitangan Jabatan Semasa Lakukan Lawatan Mengejut, Raih Pujian Ramai [Video]

“Sebab Tu Motor Sesak!” – MB Johor ‘Tegur’ Kakitangan Jabatan Semasa Lakukan Lawatan Mengejut, Raih Pujian Ramai [Video]

Punca kesesakan berlaku akibat sebuah lori jenis skylift yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan telah menghalang salah satu lorong motosikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang Menteri Besar, sudah menjadi tanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat di negeri tersebut terjamin.

Seperti baru-baru ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi telah melakukan tinjauan secara mengejut di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bharu kelmarin (3 Mei).

Keadaan lorong motosikal kelihatan sesak dan bunyi hon yang kuat

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @jdt01unite, kelihatan keadaan lorong motosikal di BSI yang sesak sehingga memaksa para penunggang untuk membunyikan hon.

Melihat situasi tersebut, Onn Hafiz lantas bertanya kepada salah seorang pagawai bertugas mengenai situasi yang terjadi itu.

“Dua hari lepas saya datang tak marah macam ni, something is happening there,” kata Onn Hafiz.

Tidak berpuasa hati melihat situasi tersebut, Onn Hafiz kemudiannya pergi ke arah kawasan punca kesesakan itu berlaku.

Setelah dilihat, ternyata punca kesesakan berlaku akibat sebuah lori jenis skylift yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan telah menghalang salah satu lorong motosikal.

MB Johor arahkan kenderaan halang laluan motosikal dialihkan

Susulan itu, beliau segera mengarahkan pegawai tersebut untuk mengalihkan kenderaan terbabit agar tidak menghalang laluan motosikal berkenaan.

“Sebab itu jammed motor, saya dah agak dah. Yang mengacau ni skylift. Awak suruh driver awak alihkan skylift ini sekarang,” katanya lagi.

Selepas kenderaan tersebut dialihkan, kelihatan keadaan lorong motosikal terbabit kembali bergerak dan tiada lagi bunyi hon bertalu-talu oleh para penunggang motosikal.

Onn Hafiz harap kerja penyelenggaran di BSI dilakukan dengan lebih efisyen

Pada masa yang sama, Onn Hafiz menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya turut berharap agar kerja-kerja penyelenggaran di BSI dapat dilakkan dengan lebih efisien.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai imigresen dan kastam, petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan semua pihak yang membantu bagi mengurangkan kesesakan.

Memindai ruangan komen di TikTok, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan tegas yang dilakukan oleh Onn Hafiz dalam membantu menggurangkan kesesakan yang berlaku.

“Terbaik MB Johor”

“MB Johor datang baru nak clear”

“Nak tunggu menteri turun baru nak buat kerja”

Terdahulu, Onn Hafiz sebelum ini pernah membuat lawatan mengejut di kawasan yang sama semasa menjelang musim perayaan dan meminta agar kakitangan yang bertugas supaya lebih bersedia menghadapi kesesakan lalu lintas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.