fbpx
Now Reading
“Jangan Sedap Mulut Kerana Geram” – Ustaz Kazim Tegur Trend Gelar Wanita Kahwin Suami Orang Penyondol

“Jangan Sedap Mulut Kerana Geram” – Ustaz Kazim Tegur Trend Gelar Wanita Kahwin Suami Orang Penyondol

Ustaz Kazim turut meluahkan rasa bimbang dengan trend berkenaan apabila ramai kalangan para wanita terbawa-bawa dengan emosi marah sekaligus menggunakan gelaran tersebut kepada kaum Hawa yang dilihat menepati ciri-ciri berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Kazim Elias (DUKE) memberi teguran kepada segelintir pihak yang kerap melabelkan mana-mana wanita yang mengahwini suami orang lain sebagai ‘penyondol’.

Jelas beliau gelaran tersebut adalah tidak tepat bahkan telah memberi gambaran negatif tentang perkara yang dihalalkan dalam Islam.

Malah beliau mengambil kisah Nabi Muhammad SAW yang turut mengamalkan poligami.

“Siapa kita nak (hendak) label wanita itu sebagai penyondol sedangkan Allah SWT sudah menghalalkan perkara berkenaan apabila lelaki itu berkemampuan.

“Baginda Rasulullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan?

“Jangan kita sedap mulut saja kerana geram atau marah sedangkan istilah itu sangat tidak sesuai,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Trend yang sangat membimbangkan

Ustaz Kazim turut meluahkan rasa bimbang dengan trend berkenaan apabila ramai kalangan para wanita terbawa-bawa dengan emosi marah sekaligus menggunakan gelaran tersebut.

Keadaaan ini membuatkan wujudnya persepsi ‘berkahwin lebih daripada satu’ adalah salah di sisi Islam.

“Poligami ini dibenarkan dalam Islam jika lelaki berkenaan berkemampuan. Kita pula seolah-olah ingin larang atau memberi persepsi bahawa poligami ini buruk dan salah.

“Siapa kita ingin lawan ketetapan yang sudah dibuat oleh Allah SWT.

“Jangan kita ikutkan emosi dan marah ini dengan melabelkan orang dengan sesuka hati kerana kita bimbang mungkin akidah kita yang menjadi taruhan kelak,” katanya.

Sebagai rekod, istilah penyondol dan perampas kerap digunakan orang awam termasuk figura umum apabila timbul isu poligami di negara kita.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.