fbpx
Now Reading
Kalau Banjir Semut Lemas Tak? Siapa Sangka Ini Rupanya Cara Semut Selamatkan Diri Untuk Terus Hidup

Kalau Banjir Semut Lemas Tak? Siapa Sangka Ini Rupanya Cara Semut Selamatkan Diri Untuk Terus Hidup

Apa yang menakjubkan, semut dikatakan mempunyai strategi tersendiri untuk menyelamatkan kumpulannya daripada bencana banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap tahun, Malaysia merupakan antara negara yang tidak terlepas daripada dilanda bencana banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran, musibah ini kerana kedudukan negara ini yang berada di kawasan beriklim tropika secara lazimnya menerima hujan yang tinggi.

Keadaan ini pasti akan menyebabkan berlakunya kemusnahan dan kerosakan harta benda mangsa banjir.

Bahkan lebih menakutkan, bencana banjir ini juga mampu meragut nyawa semua makhluk tuhan tidak kiralah manusia mahupun haiwan.

Pun begitu, pernah kah kita terfikir bagaimana mahkluk Allah SWT yang kecil seperti serangga menyelamatkan diri ketika berlakunya bencana ini?

Strategi semut adalah dengan membina rakit sendiri

Persoalan itu terungkap apabila sebuah laman pendidikan di media sosial yang dikenali sebagai Ajar telah berkongsi bagaimanakah cara semut menyelamatkan diri ketika banjir.

Menerusi bebenang di laman Twitter @AjarMalaysia, semut dikatakan mempunyai strategi tersendiri untuk menyelamatkan kumpulannya.

Semut akan saling berpautan dengan kuat dan kemas agar rakit terapung

Menurutnya, ketika banjir sekumpulan semut akan saling berpautan sesama sendiri untuk membina sebuah ‘rakit’.

Semut akan cuba memperkemaskan pautan kaki dan badan untuk memerangkap udara agar rakit yang dibina mampu terapung di atas permukaan air.

Pautan setiap semut di bahagian paling bawah juga akan diketatkan agar air tidak boleh menembusi permukaan atas rakit.

Ratu semut dan telurnya akan berada di atas rakit yang bertahan berminggu lamanya

Setelah ia siap dibina, ratu semut dan telurnya akan ditempatkan di atas rakit.

Lebih menakjubkan, rakit yang dibina oleh semut ini mampu bertahan selama berminggu-minggu di atas air.

“Maha suci Allah yang menciptakan semut dan yang memberi ilham segala sesuatu kepada ciptaannya. Semut adalah antara salah satu ciptaan Allah yang sangat hebat sehinggakan ada satu surah di dalam Quran yang dinamakan semut. Surah An-Namlu yang bererti semut.”

Ajar

Perkongsian mengenai cara sekumpulan semut bekerja sama menyelamatkan diri ketika banjir ini diambil daripada buku Meneroka Rahsia STEM dalam Al-Quran yang ditulis oleh Ts Dr Muhammad Nazir.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.