Noh Salleh Bertunang Dengan Peguam, Bakal Bernikah 23 September Depan?
Difahamkan, Fatin Athirah Mustapa itu juga mempunyai minat terhadap muzik, selain dia pandai bermain gitar dan menyanyi sama seperti Noh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyanyi terkenal Noh Salleh bakal menamatkan status dudanya apabila dikatakan telah bertunang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapha pada Sabtu petang 6 (Mei).
Difahamkan, majlis pertunangan pasangan itu telah diadakan di rumah keluraga Fatin di Putra Heights, Subang Jaya selain mereka juga telah menetapkan tarikh pernikahan pada 23 September depan.
Ahli keluarga Noh dari Sarawak datang membawa dulang hantaran
Sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isteri Noh itu mengatakan ahli keluarga Noh yang datang dari Kuching, Sarawak itu turut membawa bersama dulang hantaran.
“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.
“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” kata sumber tersebut kepada Kosmo! Online.
Bakal isteri Noh seorang peguam
Wanita pilihan hati vokalis kumpulan Hujan itu juga seorang peguam dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Sumber turut menjelaskan Fatin yang berusia 30 tahun itu mempunyai minat terhadap muzik, selain dia pandai bermain gitar dan menyanyi sama seperti bakal suaminya.
Pada majlis pertunangan, Fatin memilih busana rona hitam manakala Noh mengenakan baju Melayu warna yang sama.
Noh pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini bersama Mizz Nina
Sebelum ini, Noh telah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011.
Bagaimanapun, hubungan mereka tidak berkekalan apabila kedua-duanya mengesahkan tentang status penceraian mereka di media sosial pada awal Ogos tahun lalu.
Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: