fbpx
Now Reading
5 Makanan Boleh Mengundang Anxiety Atau Kegelisahan
5 makanan yang undang anxiety

5 Makanan Boleh Mengundang Anxiety Atau Kegelisahan

Antara makanan yang perlu dielakkan bagi mereka yang mempunyai masalah ‘anxiety’ adalah kafein kerana ia boleh menyebabkan seseorang berasa gelisah atau mendapat serangan panik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anxiety atau rasa kegelisahan yang melampau sehingga boleh mengundang bahaya kepada kesihatan diri merupakan salah satu daripada gangguan mental.

Malah segelintir yang mengalaminya mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa diri mereka sedang menghadapi anxiety.

Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami masalah kegelisahan ini perlu mengetahui beberapa cara untuk mengawal perasaan tersebut sebagai contoh teknik pernafasan, senaman dan juga beberapa makanan yang perlu dielakkan.

Terbaharu, seorang pengamal perubatan iaitu Doktor Ahmad Samhan telah berkongsi di Twitter tentang lima jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan seseorang diserang anxiety.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda.

#1 Kafein

Makanan atau minuman yang mengandungi kafein perlu dielakkan bagi mereka yang mempunyai masalah anxiety.

Oleh itu, adalah lebih baik jika anda tidak mengambil sebarang makanan atau minuman yang mengandungi kopi kerana ia boleh menyebabkan anda menjadi kerasahan, tidak tentu rasa sehingga menyebabkan serangan panik.

Kopi adalah sejenis stimulan namun ia juga boleh mendatangkan keburukan kepada seseorang terutama jika anda mengalami masalah seperti anxiety.

Cuba untuk elakkan dan bertukar kepada sesuatu yang lebih menenangkan sebagai contoh air kosong kerana ia lebih baik.

Untuk pengetahuan anda selain kopi, teh dan coklat juga turut mengandungi kafein.

Buat penggemar teh, anda mungkin boleh ke alternatif lain seperti teh Camomile atau teh Papermint yang tidak mempunyai kafein atau rujuk di link ini.

#2 Gula

A closeup shot of delicious cream puff with strawberries on a wooden table

Makanan manis seperti kek, puding, dan minuman bergula sememangnya sedap terutama apabila ia dimakan ketika anda sedang berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun ia juga mengundang bahaya kepada mereka yang mempunyai masalah anxiety.

Menurut Hello Doktor, pakar menyatakan gula merupakan sebab utama kepada keresahan serta depresi. Berdasarkan kajian yang dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, peningkatan pengambilan gula di dalam diet makanan harian boleh menyebabkan risiko kepada depresi.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga kurangkan makanan yang mengandungi gula. Namun sekiranya anda teringin sesuatu yang manis cuba beralih kepada buah-buahan.

#3 Makanan segera atau daging yang diproses

Jika ditanya siapa sahaja yang tidak suka makanan diproses seperti pizza, sosej kentang dan sebagainya.

Bukan sahaja rasa yang sedap malah makanan proses ini merupakan antara makanan yang boleh didapatkan dalam masa yang cepat.

Jadi ia kadangkala sering menjadi pilihan ramai, namun untuk makluman anda makanan bergoreng dan diproses ini boleh menjadi punca kepada inflamasi.

Sekiranya ia diambil pada kadar yang banyak ia turut mengundang rasa gelisah dan menjadikan mood anda terganggu.

Demi kesihatan mental anda, beralihlah kepada makanan yang lebih sihat dan berkualiti.

#4 Minuman beralkohol

Minuman beralkohol merupakan antara minuman yang perlu dielakkan. Selain ia tidak baik kepada kesihatan minuman ini juga boleh membuatkan anda berasa resah.

Berdasarkan laporan Hello Doktor, minuman ini boleh memberikan kesan negatif dari segi kesihatan dan menyebabkan peminum dehidrasi dan memberikan pelbagai simptom kegelisahan.

#5 Ubat-ubatan tertentu

Foto: Pexels

Sesetengah ubat yang diberikan olek doktor boleh memberi kesan sampingan sebagai contoh mengalami kegelisahan atau diserang panik.

Antara ubat yang boleh menyebakan seserang mengalami kesan seperti kegelisahan adalah ubat-ubatan tiroid serta asma.

Sekiranya mengambil ubat untuk masalah anxiety seperti benzodiazepines, anda dinasihatkan untuk mengambilnya seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Cuba untuk dapatkan nasihat doktor sekiranya ia tidak membuatkan anda selesa serta jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia boleh memburukkan keadaan kesihatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.