“Hebat Didikan Family” – Kanak-Kanak Dipuji Tak Kisah Makanan Dipesan Rosak Siap Minta Rider Hati-Hati [Video]

Perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan secara terus ke rumah sudah menjadi satu trend yang biasa di kalangan masyarakat di negara ini.

Malah, perkhidmatan ini juga dapat memudahkan urusan orang ramai apabila mereka tidak lagi perlu keluar ke kedai untuk membeli barangan selain dapat menjimatkan masa.

Pelanggan minta rider tidak perlu beri ganti rugi lepas makanan rosak

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dimuat naik oleh Nurqurratuaini yang berkongsi tentang kemuliaan adab seorang pengguna servis penghantaran makanan.

Menerusi video tersebut, Qurratuaini menunjukkan paparan perbualan WhatsApp suaminya yang merupakan penghantar makanan bersama pengguna terbabit.

Berdasarkan perbualan itu, suaminya memaklumkan kepada pelanggan berkenaan bahawa makanan yang dipesan sudah rosak kerana terkeluar dari beg penghantaran selepas tidak sengaja terlanggar bonggol di jalan raya.

Dia kemudian memamklumkan akan mengganti makanan yang telah rosak itu. Namun pengguna terbabit meminta agar makanan berkenaan tidak perlu diganti dan telah memaklumkan perkara itu kepada anaknya.

Namun terdapat kekeliruan antara pelanggan berkenaan dan si anaknya menyebabkan si kecil telah terambil duit ganti rugi tersebut.

Anggap bukan rezeki dan minta rider berhati-hati

Kanak-kanak itu kemudian membuat pesanan suara menjelaskan kekeliruan yang berlaku dan meminta rider berkenaan agar tidak bersusah hati dan anggap makanan tersebut bukan rezekinya.

Malah dia juga sempat berpesan kepada rider berkenaan agar berhati-hati ketika menunggang motosikal.

“Tak apa bang jangan susah hati, anggap je makanan tadi tu bukan rezeki saya. Umi saya cakap jangan ambil duit tu tadi, tapi abang bagi saya pun dah terambil.

“Kalau abang nak kejar masa, abang jagalah keselamatan diri sendiri. Semoga Allah mudahkan urusan abang hari ni,” katanya.

Doa dimurahkan rezeki sebelum berseloroh nyawa tak jual di kedai

Rider itu kemudian mengucapkan terima kasih selain turut berdoa agar pelanggan dan anaknya dimurahkan rezeki.

“Sama-sama bang, semoga dimurahkan rezeki juga bang. Umi saya cakap hati-hati bang, nyawa tak jual dekat kedai,” ujarnya sambil berseloroh.

@qurratuainii__

Alkisah petang semalam.. masa en suami nak hantar order (foodpanda) dekat customer ni, makanan dia terpelanting dkt luar sbb en suami tak nmpk bonggol (panas terik) . then, en suami terus ws customer bgithu yg mknn tu terjtuh dri beg .. en suami nak ganti balik dengan bayar, jumlah yg customer beli tu. tpi customer tknk 🥺 Allahuakhbar, nak hilang rasa bersalah tu .. en suami bagi jgk duit .. ya Allah 😭🤲🏻 Alhamdulillah en suami dpt jmpe dengn org yg sngt2

♬ bunyi asal – nurqurratuaini__ – nurqurratuaini__

Ramai puji ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana anak beradab

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji ibu bapa kanak-kanak itu kerana berjaya mendidik anak yang beradab serta reda dengan setiap apa yang berlaku.

Tidak kurang juga ada yang terhibur dengan kata-katanya bahawa nyawa tidak dijual di kedai.

“Terima kasih dekat suami akak sebab berlaku jujur”

“Tengok macam mana dia ajar anak dia dari kecil macam mana. Terbaik penuh adab dan sentiasa reda dengan benda yang dia tak dapat”

“Baru-baru nak feeling sedih tapi akhirnya ‘nyawa tak jual dekat kedai'”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

10 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

10 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

12 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago