fbpx
Now Reading
UiTM Mohon Maaf Selepas Data 11,000 Pemohon Universiti Bocor

UiTM Mohon Maaf Selepas Data 11,000 Pemohon Universiti Bocor

Menurut seorang pengguna Twitter, UiTM telah menerbitkan senarai 11,891 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon di inter dan pautan itu tidak selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (10 Mei) Twitter menjadi hangat selepas seorang pengguna mendakwa mendakwa berlaku kebocoran data membabitkan lebih 11,000 pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut pengguna Twitter @imraimy, UiTM telah menerbitkan senarai 11,891 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon di inter dan pautan itu tidak selamat.

Menerusi bebenang sama, dia turut berkongsikan tangkap layar beberapa data tersebut yang yang difahamkan telah dikongsi oleh UiTM kepada calon bagi tujuan menyemak butiran peribadi mereka.

UiTM kemudiannya membalas ciapan tersebut menjelaskan pihaknya mengambil maklum tentang isu berkenaan selain meminta pengguna Twitter tersebut menghubungi mereka.

Tidak lama kemudiannya UiTM menerusi satu lagi ciapan balas membuat permohonan maaf atas kesilapan yang berlaku hingga berlakunya kebocoran data membabitkan pemohon-pemohon berkenaan.

Menurut pengendali akaun rasmi Twitter UiTM itu, kemas kini telah dilakukan dan pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon itu tidak lagi aktif.

Sebagai rekod, portal teknologi, Lowyat.net pada 2019 pernah melaporkan bahawa berlakunya kebocoran data membabitkan 1,164,540 pelajar di UiTM antara tahun 2000 dan 2018.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.