fbpx
Now Reading
Gempar Budak 6 Tahun Bawa Vios Hingga Terbabas, Tular Mesej Suara Dakwa Kereta Dipandu Lelaki ‘Berbulu’ [Video]

Gempar Budak 6 Tahun Bawa Vios Hingga Terbabas, Tular Mesej Suara Dakwa Kereta Dipandu Lelaki ‘Berbulu’ [Video]

Mengikut cerita kanak-kanak di dalam ‘voice message’ perbualan WhatsApp itu, kesemua lelaki terbabit membawa dia dan adiknya keluar untuk bermain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (10 Mei), media sosial kecoh mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sambil ditemani adiknya berusia tiga tahun sebelum mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga berdekatan Titicawang, Pulau Langkawi, Kedah.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11.15 malam pada Selasa (8 Mei) tersebut turut menyebabkan kanak-kanak yang memandu Toyota Vios itu mengalami kecederaan kecil seperti luka di bahagian dagu manakala adik lelakinya tidak mengalami kecederaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Pi Kedai” – Kanak-Kanak 6 Tahun Di Langkawi Pandu Kereta Sebelum Terbabas Langgar Tiang [Video]

Kejadian tersebut sememangnya menggemparkan negara sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Tular mesej suara dakwa kejadian mempunyai kaitan dengan unsur mistik

Terkini, tular pula video mesej suara menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa kejadian itu mempunyai kaitan dengan perkara mistik selepas seorang wanita menyoal satu anak kecil dipercayai kanak-kanak sama mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @bckupacc99, kedengaran kanak-kanak terbabit mengatakan kereta tersebut dipandu oleh individu lain yang dianggapnya sebagai ‘Pakcik’ dan juga ‘Paklang’.

Kereta dipandu Tokwan yang mengajak pergi bermain

Pun begitu diceritakan juga terdapat seorang lagi lelaki warga emas yang dipanggil sebagai ‘Tokwan’ yang juga pemandu kereta terbabit ketika kejadian.

Mengikut cerita kanak-kanak itu, kesemua lelaki terbabit membawa dia dan adiknya keluar untuk bermain.

Seram! Badan Tokwan berbulu dan panas

Lebih menyeramkan, ketika wanita tersebut bertanya mengenai bentuk dan rupa fizikal lelaki-lelaki berkenaan, kanak-kanak itu mendakwa Tokwan mempunyai badan yang panas dan berbulu.

Manakala, dua lagi individu misteri tidak mempunyai bulu selain salah seorang daripada lelaki terbabit dikatakan mempunyai rupa yang tampan.

“Bukan abang bawa (memandu), paklang bawa dan pakcik bawa. Depa (diorang) bawa pergi main ‘game’.

“Badan Tokwan panas dan ada bulu, paklang takda bulu, pakcik hensem juga. Pakcik duduk depan dan Tokwan bawa kereta,” kata kanak-kanak itu.

Macam mana kanak-kanak sekecil itu mampu memandu kereta di jalan raya?

Selain itu, terdapat juga rakaman suara lelaki yang dipercayai ada di tempat kejadian yang turut pelik dan mempersoal bagaimana seorang kanak-kanak berusia enam tahun dapat memandu kereta dengan jarak yang jauh.

“Kita pun pening, kalau kata dia tekan minyak area rumah biasalah. Ni dia boleh keluar dari rumah, masuk gear, turun handbrake. Kita pikir macam mana dia reverse, lepas tu dia kona masuk ke jalan,” kata lelaki itu.

Netizen ada yang percaya dan tidak percaya

Memindai ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna Twitter, ada yang mempercayai kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan perkara mistik memandangkan kanak-kanak itu terlalu kecil untuk memandu dengan sendiri dalam jarak yang jauh.

Manakala, sebahagian pengguna media sosial pula mendakwa cerita kanak-kanak tersebut hanyalah rekaan semata-mata yang telah diatur oleh ahli keluarganya untuk menutup kesalahan ibu bapanya yang cuai.

Bagaimanapun, status kesahihan cerita tersebut agak diragui memandangkan video rakaman suara itu tertera ‘forwarded many times’ di mana ia sudah pun dikongsikan berulang kali oleh pengguna WhatsApp.

Ambil kunci kereta dengan menggunakan kerusi – siasatan polis

Dalam pada itu, menurut laporan Sinar Plus, hasil siasatan polis mendapati kanak-kanak itu mengambil kunci yang tergantung di dalam rumah dengan menggunakan kerusi sebelum membawa adiknya pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan.

Pada waktu kejadian, bapa kanak-kanak itu sedang tidur di dalam bilik manakala ibu mereka pula sedang mandi di dalam bilik air sebelum menyedari kedua-dua anaknya telah hilang.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan keterangan daripada kanak-kanak terbabit belum dapat direkodkan sepenuhnya memandangkan mereka masih trauma dengan apa yang telah berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.