fbpx
Now Reading
Ibu Terkilan, Dakwa Anak 7 Tahun Dipulau & Dijemur Tengah Panas Ketika Perhimpunan Kerana Lewat [Video]

Ibu Terkilan, Dakwa Anak 7 Tahun Dipulau & Dijemur Tengah Panas Ketika Perhimpunan Kerana Lewat [Video]

Dakwa wanita tersebut, anaknya yang berusia tujuh tahun didenda hanya kerana terlewat 10 minit ke sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, negara Malaysia sedang mengalami cuaca panas melampau dan kering yang boleh menyebabkan berlakunya stok haba kepada manusia.

Lebih membimbangkan, sudah terdapat beberapa kes kematian di negara ini yang berpunca akibat daripada strok haba sejak beberapa minggu lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 2 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Strok Haba, Ini Punca & Langkah Mencegah Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Kebanyakan kes strok haba ini melibatkan golongan kanak-kanak sekaligus menimbulkan perasaan bimbang ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah.

Ibu terkilan anak didenda berdiri di tengah panas

Pun begitu, baru-baru ini tular pula satu video di media sosial di mana seorang wanita meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan guru sebuah sekolah agama yang mendenda anaknya berdiri di tengah panas terik.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @dvafella, wanita itu mengatakan anaknya yang berusia tujuh tahun didenda hanya kerana terlewat 10 minit ke sekolah pada jam 2.00 petang.

Hukuman yang diberikan keterlaluan memandangkan cuaca di saat ini panas

Menurutnya, hukuman yang diberikan oleh guru terbabit kepada anaknya adalah sangat keterlaluan di saat negara sedang berdepan cuaca panas melampau.

“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ini anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.

“Dah la dipulaukan, diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain (malah) ‘disidainya’ anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kata wanita itu lagi, sekiranya sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku, adakah pihak sekolah ingin bertanggungjawab atau sekadar melepas tangan.

“Kalau buatnya anak aku rebah masa tu kau nak bertanggungjawab ke? Lepas tangan je, alih-alih mak bapak jugak kena hadap.”

@dvafella

Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM🇲🇾

♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di depan matanya sendiri, namun tidak berbuat apa-apa pada ketika itu kerana tidak ingin menganggu murid lain yang sedang menghadiri perhimpunan.

JAINJ maklumkan sedang jalankan siasatan

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wanita terbabit.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid, siasatan berhubung insiden di Johor Bahru itu sedang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

“Kini pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Johor Bahru sedang digerakkan untuk mendapatkan laporan lengkap (berhubung dakwaan itu),” katanya dipetik dari MalaysiaKini.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 13 saat itu sudah mendapat lebih 2.2 juta tontonan dan 53.9 ribu tanda suka.

Ramai berpendapat hukuman yang diberikan adalah tidak wajar

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berpendapat hukuman yang diberikan terhadap murid berusia tujuh tahun itu adalah tidak wajar sama sekali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.