fbpx
Now Reading
Kerana Terlalu Sayang, Lelaki Di Belanda Sanggup Simpan Mayat Bapa Dalam Peti Sejuk
lelaki simpan mayat bapa dalam peti sejuk

Kerana Terlalu Sayang, Lelaki Di Belanda Sanggup Simpan Mayat Bapa Dalam Peti Sejuk

Ketika mayat berkenaan ditemui polis mendapati bapa lelaki itu telah meninggal dunia sekitar 18 bulan yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan orang yang tersayang seperti ibu atau bapa merupakan suatu perkara yang sukar untuk diterima.

Ini kerana, dua insan itu sentiasa berada dekat dengan kita malah kehadiran mereka sentiasa membuatkan kita rasa disayangi dan dilindungi.

Lelaki simpan mayat bapa kerana masih mahu berbual dengannya

Perkara ini turut dirasai oleh seorang lelaki di Belanda apabila dia mengambil langkah luar biasa apabila menyimpan mayat bapanya di dalam sebuah peti sejuk selama lebih dari setahun kerana “masih mahu berbual dengannya.”

Memetik laporan New York Post, penemuan tersebut terbongkar ketika hujung minggu lalu semasa seorang doktor lelaki warga Landgraaf memberitahu pihak berkuasa selepas bimbang mengenai kesejahteraan pesakitnya.

Ketika mayat ditemui, bapa lelaki tersebut telah meninggal 18 bulan yang lalu

Pihak berkuasa kemudian mendapati warga emas yang tidak didedahkan identitinya telah meninggal dunia sekitar 18 bulan yang lalu ketika dia berusia 101 tahun.

Namun mayat tersebut disimpan oleh anaknya yang berusia 82 tahun di dalam sebuah peti sejuk di rumah.

“Saya tidak mahu hilang ayah. Jika tidak saya akan merinduinya,” kata individu berkenaan.

Jelasnya sebab mayat tersebut diletakkan di dalam peti sejuk agar dia masih boleh bercakap dengan ayahnya itu.

Polis mengesyaki tiada sebarang tindakan atau perbuatan jahat dalam kematian bapa lelaki berkenaan

Ketika disiasat kerana menyembunyikan mayat bapanya di dalam peti sejuk, pihak polis memaklumkan kepada akhbar 1Limburg di mana mereka mengesyaki tiada sebarang perbuatan jahat yang terbabit dalam kematian lelaki tersebut.

Penyiasat juga dilaporkan sedang cuba untuk menentukan masa serta cara bapa individu itu mati.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan diberikan masa selama satu minggu untuk membersihkan rumah keluarganya yang tidak teratur.

Pegawai juga akan menilai adakah individu berkenaan masih boleh hidup secara berdikari atau tidak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.