fbpx
Now Reading
Lelaki Angkat Peti Ais Naik Tangga Sampai Tingkat 4 Undang Perhatian [Video]
Lelaki angkat peti ais

Lelaki Angkat Peti Ais Naik Tangga Sampai Tingkat 4 Undang Perhatian [Video]

Apa yang lebih menarik, lelaki itu masih boleh berbual dan bergelak ketawa ketika menaiki tangga sambil memikul peti sejuk berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membeli barangan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya merupakan satu keperluan untuk setiap rumah.

Malah ini juga boleh menjimatkan masa ketika kerja rumah sedang dilakukan sebagai contoh anda boleh menyimpan barangan makanan mentah secara terus di dalam peti sejuk tanpa perlu ke kedai untuk membelinya apabila ingin memasak.

Lelaki bawa naik peti sejuk naik tangga hingga tingkat 4 curi tumpuan

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku di dalam sebuah video ini, apabila individu ini telah membeli sebuah peti sejuk baharu untuk rumah pangsanya.

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila peti sejuk tersebut diangkat oleh seorang lelaki sehingga ke rumah individu berkenaan tanpa bantuan orang lain.

Lebih mengejutkan dia membawa peti sejuk tersebut naik ke tingkat empatย seorang diri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Jalal Misai di Twitter, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya menurunkan peti sejuk tersebut dari lorinya.

Sandang peti sejuk di bahagian belakang badan

Dia kemudian menyandang kedua-dua tali di belakang badan seperti memakai beg sebelum menuju ke tingkat empat dengan menaiki tangga.

Lelaki itu turut kelihatan tenang dan sempat berbual dengan pemilik rumah berkenaan ketika memikul peti sejuk tersebut.

Ramai kagum & nasihat agar berhati-hati ketika angkat barang berat

Melihat di ruangan balas, ramai yang kagum melihat kekuatan lelaki tersebut semasa mengangkat peti sejuk ketika menaiki tangga.

Tidak kurang juga ada yang menasihatinya agar berhati-hati dan mengangkat dengan cara yang betul kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan sebagai contoh sakit tulang belakang dan sebagainya.

View Comments (0)

Leave a Reply

ยฉ 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.