fbpx
Now Reading
Sudah Lama Tinggal Bersama & Ada 2 Anak, Lelaki Di Indonesia Didenda RM15,110.95 Kerana Tak Jadi Kahwin

Sudah Lama Tinggal Bersama & Ada 2 Anak, Lelaki Di Indonesia Didenda RM15,110.95 Kerana Tak Jadi Kahwin

Lelaki itu didakwa tidak mahu meneruskan perkahwinan bersama pasangannya setelah menghadiri kursus kahwin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah mahkamah di Nusa Tenggara Timur (NTT) Indonesia telah memerintahkan seorang lelaki membayar denda 50 juta rupiah (RM15,110.95) kerana tidak jadi melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas lelaki berkenaan, Paskalis L Liu yang berasal dari Kampung Sasi, Kota Kefamenanu, Timor Tengah Utara, NTT tanpa alasan yang kukuh telah bertindak membatalkan perkahwinan bersama kekasihnya, Yofriana Y Elu setelah menghadiri kursus perkahwinan.

Pasangan Telah Mempunyai Dua Orang Anak

Menurut peguam Yofrina, pasangan berkenaan telah saling mengenali dan tinggal serumah sejak zaman belajar di kolej.

Pasangan ini juga sudah mempunyai dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia empat dan tujuh tahun.

Hubungan pasangan itu dikatakan mulai retak setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan.

Yofrina bertindak untuk menyaman Paskalis kerana terkilan dengan tindakan lelaki terbabit yang tidak mahu melangsungkan perkahwinan.

Denda Sebagai Permohonan Maaf

Prosiding penyelesaian luar mahkamah telah berlangsung pada 3 Mei yang lalu dan ia merupakan langkah penyelesaian yang diambil mengikut peraturan Mahkamah Agung Republik Indonesia Nombor 6 Tahun 2016.

Hasil daripada itu, Paskali bersetuju untuk membayar denda wang tunai sebanyak 50 juta rupiah dan satu kain tradisional.

Denda yang dikenakan turut dikenali sebagai denda adat dalam budaya tradisional orang Timor (Dawan) dan ia melambangkan permohonan maaf Paskalis kepada Yofrina.

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Niat Aibkan Sesiapa, Soal Kahwin Tak Boleh Buat Main” – Pemuda Menang Saman Bekas Tunang

Baca Artikel Berkaitan: Putus Tunang Sebulan Sebelum Kahwin, Hubungan 5 Tahun Berakhir

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.