fbpx
Now Reading
Driver Mercedes Rempuh Peragut Yang Cuba Larikan Diri Raih Pujian Ramai [Video]

Driver Mercedes Rempuh Peragut Yang Cuba Larikan Diri Raih Pujian Ramai [Video]

Difahamkan, pemandu kereta mewah itu bertindak dengan sengaja merempuh peragut terbabit yang sedang melarikan diri selepas meragut mangsa dua orang wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes ragut merupakan antara isu jenayah yang sering dibincangkan di Malaysia. Lambakan kejadian ini menyebabkan orang ramai menjadi semakin bimbang akan keselamatan diri mereka semasa berjalan di kawasan awam khususnya kawasan terpencil.

Tidak hanya pejalan kaki, malah pemandu kereta dan penunggang motosikal juga sering menjadi mangsa ragut daripada individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Peragut berjaya ditangkap hasil kerjasama orang awam

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan dua orang lelaki disyaki peragut berjaya ditangkap hasil kerjasama orang awam di tempat kejadian.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @adammukhrizjohan, kelihatan salah seorang peragut terbabit dalam keadaan ketakutan sewaktu disoal siasat oleh seorang anggota polis trafik di tempat kejadian.

Turut kelihatan beberapa buah motosikal orang awam dan sebuah kereta peronda polis berada di tempat kejadian semasa lelaki itu ditahan.

Pemandu Mercedes bantu tangkap dengan rempuh motosikal peragut

Pada video sama, kelihatan motosikal yang ditunggangi oleh peragut terbabit sedang terbalik di bahagian hadapan kereta jenis Mercedes berwarna hitam.

Difahamkan, pemandu kereta mewah itu nekad merempuh peragut terbabit sewaktu mereka cuba melarikan diri selepas meragut mangsa yang terdiri daripada dua orang wanita.

Kejadian ragut itu juga dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

“Nak samun sangat, takkan kereta saja-saja nak langgar. Nak ragut sangat, kena dulu baru nak mengaku,” kata si perakam.

Ramai puji tindakan pemandu Mercedes

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemandu Mercedes terbabit kerana berani merempuh peragut demi menghalangnya dari melarikan diri tanpa memikirkan kerosakan keretanya.

Bagaimanapun, rempuhan yang dilakukan oleh pemandu Mercedes terbabit bukanlah untuk menyakitkan atau mencederakan si peragut, sebaliknya berkemungkinan hanya untuk menghalang suspek.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.