Makanan & Muzik Bersatu, Secret Recipe Jalin Kolaborasi Bersama Universal Music Malaysia
Sempena Hari Ibu yang akan datang, penyanyi dan artis rap Malaysia, Yonnyboii, juga telah mereka kad ucapan Hari Ibu edisi terhad khas untuk pelanggan yang membeli mana-mana sebiji kek Secret Recipe yang menyelerakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (11 Mei), Secret Recipe dan Universal Music Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa anda boleh menjamu selera dengan hidangan yang lazat sambil berhibur!
Gabungan jenama kek serta bakat terkemuka Malaysia pasti akan memeriahkan hidup anda. Kerjasama ini bukan hanya membawakan muzik namun turut menambat selera anda.
Gabungan dua jenama besar ini bukan hanya dapat menunjukkan prinsip dan nilai yang dibawa malah turut menonjolkan sesuatu yang berbeza kepada orang ramai.
Orang ramai dihiburkan dengan persembahan artis di bawah naungan Universal Music Malaysia
Apa yang lebih menarik, orang ramai yang hadir turut disajikan dengan konsert yang menyerlahkan bakat-bakat selebriti tempatan di bawah naungan Universal Music Malaysia seperti Athalia, Bella Astillah, Meer Nash serta Yonnyboii.
Konsert khas ini menyediakan platform untuk artis tempatan menyerlahkan bakat dan memperlihatkan tumpuan kedua-dua jenama selama ini mempromosi bakat dan juadah tempatan.
Cef Anis Nabila cipta menu istimewa Ramadan & Raya untuk Secret Recipe
Sebelum ini, cef selebriti terkenal iaitu Anis Nabilah turut tidak ketinggalan dalam jalinan ini apabila mencipta beberapa menu istimewa Ramadan dan Raya buat Secret Recipe.
Kerjasama tersebut menyaksikan Cef Anis berganding bahu dengan Secret Recipe untuk mencipta tiga juadah hebat, iaitu Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik dan dua minuman yang menyegarkan, iaitu Kurma Calamansi Fizz dan Ice Blended Onde-Onde untuk melengkapi sajian tersebut.
Menu bermusim ini telah dilanjutkan sehingga Julai 2023 setelah mendapat ulasan dan sambutan luar biasa daripada penggemar makanan dari jauh dan dekat.
“Sebagai jenama tempatan, kami berbangga untuk bekerjasama dengan sebuah nama antarabangsa dalam industri. Bersama Universal Music Malaysia, kami berkongsi prinsip dan nilai yang sama untuk terus memastikan segalanya relevan dan unik untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Peluang berkongsi pentas dengan Universal Music Malaysia merupakan satu pengalaman yang menarik dan saya harap kerjasama ini akan berkembang maju dan diperluaskan sambil kami terus menjayakan kempen-kempen hebat. Usaha ini adalah sejajar dengan wawasan kami untuk menyajikan aneka ‘citarasa’ untuk dinikmati semua,” kata Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe.
Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim, kerjasama dengan jenama tempatan seperti Secret Recipe telah meningkatkan keupayaan syarikat berkenaan dan lebih banyak kempen serta pengalaman baharu dan luar biasa dapat dijalankan.
“Semua artis kami amat teruja dengan kerjasama ini di mana kami meneroka pelbagai cara untuk mendekati peminat sambil mengetengahkan dan menyerlahkan bakat mereka, serta berkembang maju. Kami percaya kerjasama ini memang tepat pada masanya,” ulas Kim Lim.
Mengulas mengenai kolaborasi itu Ketua Pemasaran Secret Recipe Evelyn Lee, berkata agak menarik untuk melihat dua jenama bekerjasama untuk mencipta acara dan aktiviti yang menyeronokkan untuk golongan muda Malaysia.
“Kami sentiasa berdedikasi untuk meningkatkan momen setiap hari melalui kerjasama ini yang kami percaya akan bergema dengan rakyat Malaysia.”
Dapatkan kad ucapan Hari Ibu dengan pembelian sebiji kek Secret Recipe
Sempena Hari Ibu yang akan datang, penyanyi dan artis rap Malaysia, Yonnyboii, juga telah mereka kad ucapan Hari Ibu edisi terhad khas untuk pelanggan yang membeli mana-mana sebiji kek Secret Recipe yang menyelerakan.
Untuk menjadikan detik ini lebih manis lagi, senarai lagu Hari Ibu juga dicetak pada kad hadiah untuk membolehkan pelanggan memainkan lagu pilihan kepada ibu tersayang, sebagai penghargaan kepada insan istimewa dalam hidup mereka.
Bersempena dengan kolaborasi dan Hari Ibu yang bakal tiba, dapatkan kad eklusif dari Yonnyboii apabila anda membeli sebiji kek di Secret Recipe bermula dari 6 Mei.
Stok adalah terhad.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Secret Recipe dan Universal Music Malaysia.
Baca artikel berkaitan: