Ramai Puji Tindakan Lelaki Bantu Sedarkan Pemandu Tertidur Ketika Tunggu Lampu Isyarat [Video]
Anak kepada pemandu Perodua Alza yang tertidur itu kemudian tampil mengucapkan terima kasih kepada Abmgojes dan menjelaskan bapanya mungkin penat selepas buat penghantaran makanan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kejadian seperti pemandu kenderaan terkena serangan penyakit seperti jantung, strok, anxiety atau tertidur pernah dilaporkan oleh beberapa media.
Malah perkara ini amat membimbangkan kerana ia boleh mengancam nyawa pemandu itu termasuklah pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan atau perkara yang tidak diingini.
Oleh itu, segelintir masyarakat mengambil sikap prihatin apabila membuat pemeriksaan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang mencurigakan berlaku ketika berada di tengah jalan.
Ini kerana tindakan yang cepat mungkin dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Lelaki bimbang lihat pemandu terlentok takut kena serangan jantung ketika memandu
Perkara sama turut berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia cuba membantu pemandu sebuah Perodua Alza yang berada dalam keadaan membimbangkan semasa melalui lampu isyarat di Jalan Kola Kedah, Kota Setar.
Menerusi video dikongsikan oleh Zulfami Shariff atau dikenali sebagai Abmgojes, pada awalnya dia melihat kenderaan itu tidak berjalan meskipun lampu telah bertukar kepada warna hijau sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.
Dia kemudian membuat keputusan untuk melakukan pusingan u sebaik sahaja menyedari kepala pemandu seperti terlentok.
“Terbayang kes serangan jantung masa memandu,” tulisnya sebelum bertindak keluar dari kenderaan dan memeriksa pemandu Alza berkenaan.
Pemandu rupanya tertidur kerana terlalu penat lepas hantar nasi daging
Tidak lama selepas itu kelihatan pemandu berkenaan mengerakkan kepalanya sebelum mengangkat tangan tanda terima kasih kepada Zulfami.
Setibanya dia di kereta semula, dia kemudian memberitahu bahawa pemandu berkenaan rupanya tertidur ketika menunggu lampu isyarat.
Anak ucap terima kasih selamatkan bapanya
Menerusi ruangan komen, anak kepada pemandu Alza itu turut mengucapkan terima kasih kepada Abmgojes dan menyatakan bapanya itu mungkin terlalu letih kerana baru sahaja selesai membuat penghantaran nasi daging.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Abmgojes dan menyifatkan ia adalah sesuatu yang bagus kerana ia dapat menyelamatkan nyawa orang lain.