fbpx
Now Reading
Suami Isteri Dipenjara 12,640 Tahun, Tipu Lebih 2,000 Mangsa Dengan Skim Pelaburan Simpanan Palsu

Suami Isteri Dipenjara 12,640 Tahun, Tipu Lebih 2,000 Mangsa Dengan Skim Pelaburan Simpanan Palsu

Pasangan itu didakwa menipu lebih 2,000 orang mangsa dengan anggaran kerugian adalah sebanyak 1.3 bilion baht (RM171.7 juta).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara 12,640 tahun oleh Mahkamah Jenayah Thailand kerana terlibat dengan skim pelaburan simpanan palsu pada tahun 2019.

Wantanee Tippaveth dan suaminya, Methi Chinpha didapati bersalah kerana menipu lebih 2,000 orang individu dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 1.3 bilion baht (RM171.7 juta).

Hukuman Dikurangkan Kepada 5,056 Tahun

Namun, mahkamah mengurangkan tempoh hukuman berkenaan menjadi 5,056 tahun kerana mereka mengaku bersalah melakukan jenayah tersebut.

Walau bagaimanapun, Wantanee dan suaminya dikatakan akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana undang-undang kerajaan Thailand yang mengehadkan jumlah penjara kepada 20 tahun setiap seorang

Selain Wantanee dan pasangan, tujuh individu lain turut didakwa terlibat dengan skim pelaburan simpanan palsu itu namun mereka dibebaskan kerana tiada bukti pendakwaan yang kukuh.

Skim Pelaburan Dengan Pulangan 93%

Kesemua tertuduh dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada Mac hingga Oktober 2019 dengan membuat pengiklanan di Facebook.

Tertuduh mengajak orang ramai untuk melabur dalam skim simpanan yang didakwa bakal memberi pulangan yang tinggi sebanyak 93%.

Pelabur dikatakan perlu membuat pelaburan dengan kadar minimum sebanyak 1,000 baht dan akan mendapat pulangan tambahan sebanyak 930 baht.

Bagi meyakinkan mangsa untuk membuat pelaburan, Wantanee dikatakan kerap menyiarkan video secara dalam talian sambil menunjukkan barang kemas miliknya dan menunjukkan gaya hidup mewah.

Kesemua sembilan tertuduh dipercayai tidak menggunakan wang itu untuk pelaburan, tetapi mereka mengagihkan wang tersebut sesama sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: Scammer Jaja Nama Pendakwah Terkenal Indonesia, Tawar Duit Raya Dari Alam Ghaib Sehingga RM500,000

Baca Artikel Berkaitan: Perdaya Pelanggan Sertai Skim Pelaburan, Pegawai Bank Disyaki ‘Songlap’ Lebih RM14 Juta Dicekup Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.