
Tular Video Pelajar Lelaki Dibelasah Secara Berkumpulan Buat Ramai Rasa Geram
Difahamkan, kejadian buli tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gejala buli sememangnya tidak asing lagi di negara Malaysia, bahkan sehingga hari ini ia masih lagi berlaku seakan tiada kesedaran tentang bahayanya terhadap fizikal dan mental mangsa yang dibuli.
Lebih menyedihkan, perkara tersebut tidak hanya berlaku di kalangan golongan dewasa, malah lebih serius di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Nak Habis Gejala Buli Ni?” – Netizen Berang Pelajar Buli & Jadikan Rakan Punching Bag
Tular kejadian buli berkumpulan pelajar sekolah menengah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kejadian buli oleh sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram @_maisarahmazlan, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki memukul seorang pelajar yang lain.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.
“Bukan sekali, kau dengar tak?” kata salah seorang pelajar sambil menumbuk dan memijak muka mangsa berkali-kali pada bahagian kepala.
Beberapa orang pelajar lain turut memukul mangsa
Pada video yang sama, kelihatan juga beberapa orang pelajar lain yang dilihat turut mengambil kesempatan dengan menyerang mangsa secara beramai-ramai.
Video tular tersebut telah mendapat lebih lapan ribu komen yang mana rata-rata pengguna Instagram tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.
Pengecut! hanya berani bila ramai
Malah, mereka turut menyifatkan perbuatan kumpulan pelajar itu sebagai ‘pengecut’ kerana hanya berani memukul mangsa secara beramai-ramai.
Dalam pada itu, penyanyi rap Caprice juga dilihat memberi komen dengan bertanya di mana kejadian ini berlaku.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat tambahan atau kenyataan media daripada pihak polis yang kami terima.


