fbpx
Now Reading
Siapa Sokong Kehadiran Coldplay Maknanya Dia Sokong ‘Geng Pelangi’, Kata Ustaz Ahmad Dusuki [Video]

Siapa Sokong Kehadiran Coldplay Maknanya Dia Sokong ‘Geng Pelangi’, Kata Ustaz Ahmad Dusuki [Video]

Menurutnya, negara Malaysian ini seharusnya dibangunkan dengan hiburan yang baik serta membina masyarakat dan bukannya yang dapat meruntuhkan akhlak pada masa akan datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia pada saat ini sedang teruja menanti kehadiran kumpulan rock terkenal Britain, Coldplay yang akan melakukan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Pun begitu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Haji Nasrudin Hassan Tantawi dilihat tidak bersetuju apabila menggesa kerajaan untuk membatalkan konsert tersebut.

Menurutnya, beliau berpendapat penganjuran konsert kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur itu adalah tidak memberi sebarang manfaat kepada negara dan rakyat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Manfaat Pada Negara & Rakyat” – PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

Ahmad Dusuki tidak mengalu-alukan kedatangan Coldplay

Tidak hanya Nasruddin, pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki juga berkata beliau tidak mengalu-alukan kedatangan kumpulan yang menyokong LGBT itu ke Malaysia.

“Kami tidak mengalu-alukan kehadiran Coldplay dan kami tidak mengucapkan selamat datang kepada kumpulan penyanyi LGBT ini,” katanya.

Siapa sokong Coldplay makna sokong LGBT – Ahmad Dusuki

Menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya, Ahmad Dusuki menyifatkan umat Islam yang menyokong kumpulan Coldplay ini sebagai penyokong LGBT.

“Bagi sesiapa yang menyokong kehadiran kumpulan Coldplay ini, maknanya dia menyokong LGBT dan dia akan bersama kumpulan demikian.”

Ustaz Ahmad Dusuki

Malaysia harus dibangunkan dengan hiburan yang baik dan membina masyarakat

Jelasnya lagi, negara Malaysia ini seharusnya dibangunkan dengan hiburan yang baik serta membina masyarakat dan bukannya yang dapat meruntuhkan akhlak pada masa akan datang.

“Bumi Malaysia ini bukan untuk dimusnahkan tetapi bumi Malaysia mesti dibangunkan dengan hiburan yang baik, hiburan yang membina masyarakat bukan hiburan yang menghancurkan dan meruntuhkan akhlak pada masa yang akan datang nanti.

“Tiada ucapan selamat datang kepada Coldplay dan tiada selamat datang kepada mereka yang ingin musnahkan negara ini,” katanya lagi.

Perdana Menteri ucap selamat datang kepada Coldplay

Terdahulu, kehadiran Coldplay ke Malaysia semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Twitter rasminya menyambut baik kedatangan kumpulan rock itu ke Malaysia.

“Coldplay selamat datang Ke Malaysia, kita akan bekerjasama menjaga alam sekitar dan kekalkan dunia ini selamat,” katanya.

Untuk info, kumpulan Coldplay pernah membiayai pembinaan dan penggunaan Interceptor 005 di Malaysia iaitu jentera yang membantu menghalang daripada sampah-sampah di sungai daripada memasuki laut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Coldplay Taja Interceptor 005 Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.